Isnin, 28 April 2008

musik dan aku

musik ni untuk apa? untuk siapa?

*tgh dgr 'getaran jiwa - ramli bin puteh'

aku sangat berterima kasih kepada tuhan karena memberiku deria faham dan sahut yang sangat tajam. aku sangat terlibat jika mendengar sesuatu sehingga payah untuk aku 'tune' guitar yg aku nak main. tiada bunyi yang sama bagi aku. kerana aku menikmati dgn luar biasa disetiap sudut bunyi itu. sehingga aku khayal mendengar 'note' yang sama dalam keluasan gelombang yang berbeza.

*terasa bodoh yang amat.

mmm.. ok. mungkin aku lembab dalam mengenal bunyi sesuatu 'note' itu. mungkin sbb aku tk memandang pada tone sesuatu 'note' itu. aku hanya mendengar pada getarannya sahaja..

kepada semua pengamal muzik teori. kamu akan mentertawakan bahasa muzik aku. kerana aku buta teori. arghhh.. tak penting pon bagi aku. tak perlu. just jgn lupa minum air je kalo gusi kamu dah kering nnt.

*diam

aku mencipta teori jika kau mahu tahu sbb muzik dan seni itu tiada peraturan dan tiada nama bagi aku. ia hanya penterjemah minda indah yang bersangkut jiwa dan perasaan.

Tiada ulasan: