Rabu, 14 Mei 2008

...

kepada kamu yg luar dari lingkungan aku. telitikan apa mahu kamu. indahkan apa mahu kamu. bahagiakan ssiapa mahu kamu. cantikkan dimana mahu kamu.


aku terbaca sesuatu semalam. aku faham maksud dia. dia sedang bersedih. dan aku sedih untuk kamu juga.

*patut ke aku sedih?*
hmm.. aku sedih jika aku di tempat kamu. kerana aku bukan melayu tiada perasaan.

kuat lah kawan. aku pernah alami itu. aku faham rasa itu. tp apakan daya, kita sendiri yang memilih untuk begitu. kerana kamu mungkin tidak nampak lagi bagaimana tahap cinta dia. cinta dia amat tinggi wahai kawan. cintanya membawa ke syurga.

peluang.

kamu telah sia2kan peluang itu untuk bersama dia kerana kamu tidak bergenggam kuat pada cinta, aku rasa. kaji lah cinta itu. apa ada dgn cinta? kajilah wahai kawan. kamu akan takut untuk bercinta jika kamu mengkajinya kerna cinta itu disaluti kepercayaan, doa, rayuan, tangisan, kecantikan, kejujuran, sentuhan, dan byk sangat yang tidak dapat ku ungkapkan. dan kamu akan hargainya bila mendapatnya.

akhir kata.

aku disini hanya tupai. hanya pandai melompat dan satu hari aku akan jatuh semula. dan ingat aku pada hari kejatuhan itu. aku tidak berniat untuk mengajar sesiapa. hanya memberi pendapat bodoh kepada perasaan yang pernah aku alami dulu... sehingga aku menutup pintu utama cinta aku suatu ketika dahulu..

5 ulasan:

Satira + Kacau berkata...

Sdr: Saya belajar membaca hati dan jiwa yang muda.

Menarik melihat dunia yang lain.

Teruskan. Kerana saya hanya pelawat yang datang membaca.

Tentu bolehkan?

Dan izin saya berkongsi.

Harap sudi.

Satira + Kacau

iputempe berkata...

yah,cinta itu indah dan tidak seharusnya begitu complex.

cinta itu kesederhanaan dan yang melebih2 itu mungkin nafsu

tri berkata...

satira + kacau: kamu dialu-alukan. dan Tuhan izinkan. aku harap.

iputempe: semoga tuhan bersama kamu..

ku hanya ingin melangkah berkata...

kecintaan pada yang mencinta.. dengan rela hati dan jiwa..

takkan mungkin mungkir bila sauh pula berganti dibeli dengan cinta sejati ya Ilahi.

hatrikirana berkata...

aku punya kisah cinta untuk dikongsikan
yang teramat sangat ingin dikongsikan
aku hanya ingin bercerita tentang cinta
tapi sudah sakit untuk bercinta
terlalu sakit
jika ada yang dapat pahami segalanya...
sehingga hari-hari aku akan memaki hamun cinta yang datang yang ingin berteduh dalam hati aku
sesungguhnya aku telah membenci cinta
terlalu membenci...
aku suka membaca kisah cinta manusia lain
jadi kudap malam aku
hingga aku tidak peduli akan bentak hati aku yang begitu dahagakan cinta manusia lain
tapi tiada manusia yang berna untuk pahami segala sakit yang aku kandung dalam kotak hati aku
cinta, jangan sesekali datang pada aku
cukup bagi aku cinta yang abadi pada yang Esa, pada ayahanda dan bonda aku - menghadirkan aku dari spesis sperma mulanya, yang kandungkan aku 9 bulan 9 hari, yang merawat luka sakit aku, yang memukul aku bila buat salah...
hanya mereka yang tahu sakit aku bercinta
dan aku akan terus membenci cinta yang tidak pernah pahami aku
malah aku sanggup membunuh cinta yang hadir dalam hidup aku