Isnin, 19 Mei 2008

bukan disini patutnya.. bukan.

hmmm..

hari ni byk benda nk kena fikir. nak kena faham. nk kena blajar.
nk kena ubah. nk kena biar. nk kena terangkan.

kata2 aku sedih? kata2 aku kasihan?
betulkah SEMUA manusia pandai berkata bual?
jika betul, aku ni binatang ke?

IKHLAS
-aku tidak lagi memandang ikhlas itu tinggi.
-aku tidak lagi percaya yg ikhlas itu boleh diterima manusia.
-aku tidak lagi akan memuja ikhlas itu.

.....kerana ikhlas aku bukan ikhlas seperti menderma. ikhlas aku berani teguh. dan belum ada lagi yg boleh menerima. dan dengan ini, aku akan padamnya dan lukiskan kembali ikhlas itu, tetapi hanya untuk Tuhan ku. bukan manusia.

kerana Engkau satu-satunya Allah yang Maha Faham. Maha Seni. Maha Mulia.

TENTANG KATA2 SEDIH DAN KASIHAN AKU.
-kata2 sedih. kasihan. kedua2 itu menjadi asas dalam karya dan pembelajaran aku terhadap seni. aku guna kata2 ni semua bukan untuk menagih sedih dan kasihan org. aku gunanya, kerana ia cukup berperasaan. cukup indah. aku gunanya untuk setiap perasaanku.

bila gembira, kata2 sedih itu akan menggembirakan.
bila marah, kata2 sedih itu meredakan.
bila rindu, kata2 sedih itu akan menenangkan.
dan bila sedih, kata2 sedih itulah kata2 yg paling berseni.

tak logik? pegi mampos! seni itu tiada peraturan. dan teori itu membodohkan manusia.

Tiada ulasan: