Khamis, 22 Mei 2008

nur affina yanti


hmm.. kepada sesiapa yg tak kenal dgn nama diatas, mungkin kamu kenal dia dgn nama Fynnjamal. insan kesayangan ramai di pentas indie masa kini. puisinya tinggi. rasanya likat. pandangannya tajam. rayuannya sayu.

aku kenal insan ini kerana puisinya. dan aku tertanya2 apa yg slalu dia semangatkan. aku kenal insan seni ini bukan di pentas indie atau mana2 gigs. aku kenalnya hanya diatas talian. setelah sekian lama kami berkisahkan kehidupan di atas talian, kami mengambil keputusan bersemuka. lihat apa ada. lihat apa dia. lihat siapa dia. lihat bagaimana dia. lihat dimana dia.

dan kepada sesiapa yg belum sempat berjumpa Fynnjamal, kamu patut jumpa. dia tercipta dgn keindahan. ternyata sungguh suci ciptaanMu yang ini, ya Allah. cukup.

Fynnjamal yg aku kenal:

1. sgt indah
2. pengasih dan penyayang
3. kekeluargaan.
4. genius (betul ke aku eja ni?)
5. sangat syg kepada kawan2nya : K E C I
6. 100% comel
7. manja. (aku serius. tolong la percaya!)
8. ramai peminat.
9. pandai bergambar.
10.memasak.
11.bercinta dgn abahnya.
12.lembut.
13.penagih cinta tegar.
14.perahsia.
15.suka dapur besar.
16.daging merah.
17.penat berharap.
18.kegelapannya terang.
19.sgt memahami.
20.pegang kuat pada janji.
21.ringkas tp teliti.

mm.. byk lagi sbenarnya... Fynnjamal. terima kasih kerana jadi kawan aku. kamu sgt cantik. oh ya, dia masih single! hahahaha! cepat!

kamu hebat! hahaha! (ayat semalam)

ikhlas biasa2 je,
t r i

14 ulasan:

Miss Fynn berkata...

nak kena tampar?
*terharu*

tri berkata...

nak. meh sini meh.
*hulur muka*

SYFNS berkata...

aku ingin sekali berjumpa dgnnya.
sumpah!
ehh, kalau kau lepak dgn dia,
kau tlg kirim salam ehh! ;D

tri berkata...

syfns: aku akan. tp dia slalu sibuk. aku pon baru dpt jumpa dia sekali je. tu pon dia mcm tergesa2 nak pulang. pastu aku tak jumpa dia lagi dah. tp dia sgt baik. but kalo kau jumpa dia ke, kirim kan salam aku jugak.

SYFNS berkata...

aku berada jauh dari kamu semua.
aku tinggal di trganu.
lambat lg aku akan
bertemu dgnnya.. -____-

syah saliman berkata...

teringin benar lihatkan kak fynn ni.aish...

.layla tumaisuri. berkata...

salam. tgh blog-hoping.
seni fynn jamal lain.
yup, teringin jumpe. tp ntah biler.
huhu..
slalu tgk kat you-tube je.
aiseyh..

jaga diri.
kamu bertuah dapat kawan macam die!
=D

.ogie. berkata...

die mmg hebat!
sy sgt setuju!

Miss Fynn berkata...

kalian,
saya jadi segan.
terima kasih.

:)

siapa^aku berkata...

fynnjamal....aku suka segalanya..

alip berkata...

kata-kata inspirasi adalah dari puisinya...
maksud "feel" adalah dari persembahannya...
uhh... luckly i was at the acoustic stage time indie day out..
kalo tak.. aku takkan kenal dengan puisi akak fynn...

[siti] berkata...

saya mula kenal dia nur affina yanti jamaluddin.. kini baru fynn. tapi seperti seronok mahu panggil dia fina. hahaha.

pernah sekelas tapi tak pernah bertegur. pernah duduk depan belakang, tapi tak pernah menyapa. hanya mula berbual di talian dan jumpa hampir 3 tahun slps itu. bersapa, berlaga pipi dan beraksi aneh depan lensa. hahaha.

harap dapat jumpa lagi si fina ini.

*yang pastinya dia spesis gadis yang sgt rare*

HajarAznam berkata...

aku kenal fynn sebelum event rantai yang pertama. Bila org kata fynn aku terbayang dirinya dgn shirt kuning dan anting2 panjang sebelah..hehehehehe...u rawwwkkkk girlll...

i-SYA berkata...

wow, kenal kat internet ke?

lepas itu kawen?

menkjubkan.