Isnin, 30 Jun 2008

fikir kan..

aku disini penat!

penat mendengar masyarakat tepi kain berkata2. menyoal segala.

1. kamu ni dah sedia ke nak berumahtangga?

mmm.. kau bagitau aku mcm mana nak buat muka bersedia. aku buat. aku semak kau tautak? dan kalau kau dah banyak sgt makan garam, bagitau aku bila yang patut manusia berusia seperti aku patut kahwin. awal sangat ke? kenapa awal? apa yg kau semua buat pada usia seperti aku? kamu semua tak penat ke berkawan? apa yang ada dgn kemasyuran?
arghhh! penat la nak jawab soalan bodoh! kau ingat semua orang ni sama ke? takkan aku nak kena bgtau kau langkah sebenar kehidupan ini? takkan kau tak bleh fikir?

ni aku bagi. cara2 melangkah untuk hidup selagi tak mati...
1. lahir
2. belajar
3. kerja
4. belajar
5. kahwin
6. belajar
7. anak
8. belajar
9. menantu
10.belajar
11.cucu
12.belajar
13.tertib

aku tak kisah kau nak fikir apa. tu semua hak kamu. ini cuma yg aku fikir.. aku tak peduli dunia. aku hanya hidup dgn keluarga, kawan dan sekeliling indah aku.

2.matang sangat ke kamu nak membahagiakan fynnjamal?

hey manusia! kau bagitau aku, apa itu matang? bila manusia patut matang? dimana manusia patut matang? dengan siapa manusia patut matang? dan bagaimana manusia patut matang?

bagi aku, tiada manusia selain nabi yang matang. semua manusia buat silap!
ntah lah.. nur affina yanti, kamu bahagia? apakah yang kurangnya aku?

15 ulasan:

mollyjinxed berkata...

eh. manusia mmg pandai berkata²

bile tiba masa mereka.. kena batang hidung sendiri.. diam seribu bahasa

mmg sakit hati bile dgr apa org kata.. mmg pedih.. bile org tanya

kau betul ke ni?
baru kenal saja.. dah fikir masak²?

mmgla.. mungkin mereka concern.. tapi pernahkah aku tanya sebegitu pada mereka?
aku terima saja pilihan hidup mereka.. aku senyum..tanda sokong.. sikit pon xde persoalan

kagum dgn kamu. di usia yg muda ini.. x ramai la yg nak ke alam perkahwinan..

good luck

SYFNS berkata...

tri, persetankan apa org kata.
yg aku tahu, ramai menyokong kamu berdua. aku senang, gembira. yg aku mampu hanyalah tersenyum dan mengucapkan tahniah. bagi aku, kau mengambil langkah yg berani. bahagiakan fynnjamal, musnahkan keranapan yg lama bercambah dlm dirinya. peduli apa dgn kata org, mereka fikir mereka hebat?

tri berkata...

molly: aku adalah dari golongan manusia juga. selalu silap. tp mungkin aku manusia yg sgt terbuka. aku tidak hairan dgn semua keputusan manusia kerana masing2 ada hak masing2.

concern.. kita ada pelbagai cara untuk ambil tahu. gunalah cara yg tepat. kan?

terima kasih molly. mari kita membanteras manusia pendek akal. haha!


syfns: hai.. mungkin fynnjamal sdg bahagia bersama tri sekarang kan? tapi ramai orang risau dgn hidup fynnjamal akan datang.. kan?

aku tak boleh yakinkan manusia dgn kata2. dan aku tidak ada apa untuk buktikan kebahagiaan fynnjamal akan datang. aku hanya disini. begini menghadap tuhan.

n u r i d r i n berkata...

lakukan ape yg mmpu tri..
=)

xylophone berkata...

tri... this is nothing more than just my honest and personal opinion... it is not to be taken in negative way kayy..!!

hmm.. berkahwin.. to me its good.. for you guys.. for evryone act... to see dat there's act more to life than berparty hingga larut malam... berjoli bersama anak dara orang.. setiap malam bertukar pasangan... yup... berkahwin salah satu cara untuk menghindar kan semua itu...

tetapi... persoalan yg ingin di ajukan kepada anda... benarkah apa yg anda rasakah kini adalah cinta..?? mampukah cinta ini berkekal hingga akhir hayat..??
ada kemungkinan tri akan jatuh cinta pada orang lain selepas berkahwin?? atau mungkin fynn berjumpa dengan bintang yang baru.. yg lebih sinarnya... cukup lama kah anda berkenalan untuk betul-betul letak ye faith on each other...??

ini hanya persoalan yg selalu diajukan kepada orang yg ingin bercinta selepas berkahwin... tapi jika ini memang apa yg anda percaya.. i would say "go for it..!! fight for what you believe in.. you wont regret it di hari lusa"

diselitkan dengan doa agar anda berdua kekal bahagia hingga akhir hayat... amin...

bertuah fynn berjumpa dengan anda...

tri berkata...

xylophone: aku suka cara kamu berkata2. sederhana.

bg aku, berkahwin bukan sekadar untuk menjauhi maksiat. bukan sekadar menghalalkan yg haram itu. berkahwin adalah alam baru yg ramai manusia perlu tempuh. cuma masa dan keadaannya yang akan ditentukan oleh Allah. ia suci. sangat suci. juga seronok. sangat seronok. kita akan belajar mendalami hati si isteri. belajar menghormati, berkomunikasi, berkasih, dan berbincang dlm situasi berkeluarga. bukan sekadar seperti menjaga hati seorang kawan. malah lebih dan sangat lebih dari itu.

dan jika kamu tanya aku apa yg kurasa kini adalah cinta, aku kata ya. kerana cinta itu bagi aku adalah rasa memerlukan sesama sendiri.

dan rasa memerlukan ini akan luntur jika seseorang itu banyak bergaul dgn manusia2 zaman sekarang ini. aku kurang bergaul. kerana aku tidak perlu ramai manusia sekeliling aku. kerana manusia adalah penipu. termasuk aku. so, aku hindarkan diri dari berbicara dgn manusia.

kami tidak perlu masa yg lama untuk mengenal. bg kami, mereka2 yang mengambil masa yg lama itu mungkin kerana mereka tidak berterus terang, banyak berahsia, dan hanya bercerita tentang kebaikan diri sendiri. haha. kelakar kan manusia ni? cubalah cerita kelemahan sendiri.. kan senang. tak payah nak ambil masa yg lama. cuba kau listkan keburukan diri sendiri dgn jujur, pastu kau bagitau kat wanita idaman kau tu. kan senang. sehari cukup, if dia bole tahan dgn keburukan kau tu sampai mati, takde hal. lusa dah boleh kahwin. tak payah nak sampai berkawan bertahun2.

aku seorang yg boleh menerima takdir. dan memang ada kemungkinan yg fynnjamal akan berjumpa bintang yg lebih bersinar kerana seorang fynnjamal memang banyak bergaul. akan tetapi jika nak difikirkan, aku bukan bintang dan aku tidak bersinar walau sekelip. tiada siapa yg mengenali aku sebelum ini. padahal, fynnjamal dikelilingi oleh beribu ribu bintang yg dikenali satu malaysia ini.

ntah lah. kenapa aku? mungkin kamu kena tanya fynnjamal sendiri.

aku hargai doa itu wahai xylophone. terima kasih. semoga tuhan balas dgn kebahagiaan..

asalammualaikum.. maaf jika ada terkasar bahasa.

fynnjamal berkata...

wahai hazrilfitri,

tidaklah kamu suatu yang tidak terang. tidak juga kamu suatu yang memancar tembus langit. tidak kamu sesuatu yang hebat. tidak langsung kamu suatu yang hambar kelit.

siapa kamu, hazrilfitri?

yang menawan aku si pecinta tongong. yang menghulur aku nyawa di waktu terhenyakkan. yang menyiat kulit untuk dibentangkan pada aku walau kamu beku di tulang. yang sangat biasa2 di mata dunia, kerana mereka membutakan matanya.

kalau rasul bahagia sama khadijah. kalau nenda saya boleh setia menjanda demi suami yang baru dikenal selepas bernikah.
kalau kisah kita mampu saya jaja pada semua.
kalau mereka tahu apa sebenar kita rasa.
akan saya laungkan, cinta itu adalah apa yang kita rasa.

sayang,
naga itu ada.
dan saya bukan orang gila.
biarlah seluruh kampung bersorak saya ini tidak siuman.
cukuplah.
yang penting si naga itu sedang menari2 dan merangkul diri ini.

assalamualaikum, naga sakti.

tri berkata...

waalaikummussalam pari-pari..

Sue Anna Joe berkata...

When it comes to love, follow your heart, dan sentiasa berdoa pada Tuhan, niat di hati, aku ingin menjadikan si dia teman hidupku, ya Allah, berkatilah ikatan kami dan semoga mendapatkan keredhaanMu. Kerana hanyalah Dia yang mempunyai kuasa itu. Dan insya-Allah kalau telus, dan ikhlas, it will all go well.

Nasihat orang boleh didengar, tapi tak semestinya diterima bulat-bulat. Mungkin ada benar katanya, just take those words, keep them in thought as a precaution. Don't just shove it away. Teliti satu-satu, dan ambillah yang baik, untuk perbaiki diri. After all, none of us are perfect, not them, not us. Sebab tu kita hidup sesama manusia, saling bantu, saling menasihati, and to care for each other. Tak kira dia tu kekasih mahu pun kawan.

Tapi paling penting, which I'm sure you all know, adalah restu ibu bapa, dan Tuhan. Jangan berhenti berdoa, doakannya perhubungan Tri dan Fynn ni, adalah yang terbaik bagi kedua pihak, dan berikan segala kekuatan untuk menghadapi sebarang dugaan.

Dan satu lagi, jangan terlalu taksub dan lemas. Apa-apa kita lakukan biarlah bersederhana, bercinta boleh, tapi jangan terlalu taksub.

Anna doakan all the best to the both of you alrite.

tri berkata...

tq anna.. thank you. you n you.

Tanpa Nama berkata...

proud of u mate!!!!

muahkss

-tyrant-

xylophone berkata...

btw tri...
she has suffer enuf...
make sure its all happiness dier dapat after this... make sure if she cries.. its bcoz she is damn eppy...

congratz...
and gud luck...

eryzal zainal berkata...

bebunga bunga aaiihhh ati depaa~ :)

syah saliman berkata...

kekok bagi anak2 berusia 17 thn ini mahu berbicara tapi hakikatnya kasih yang terlalu tinggi dijulang,sayang yang terlalu lama disulam,mungkin satu hari ia akan ranap.

jadi biarkan ia masih disitu,semoga kamu dapat menyematnya selalu dan sehingga ke akhir waktu.

cinta yang berkesinambungan selepas perkahwinan pasti lebih indah bukan? :)

dingin berkata...

kawin muda=sedap yang berpahala besar

kalo cerai?

kamu ada title duda/janda yg lebey ok dari title sundal/bohjan

nota: aku pun kawin muda dan aku pun merempuh dunia

akhirnya

aku ada Elisha yang maut pun aku sanggup cabar

nota: Elisah anak aku

sekian

nota:aku penyokong muda mudi yg kawin muda