Jumaat, 27 Jun 2008

mungkin ada cerita cinta selepas diijab kabulkan..

oi..


aku dah lama tak tulis2. takde mood nk tulis.. bz gila. dekat seminggu kot tak tulis..

oooo... aku baru je tambah satu lagi babak dalam hidup aku. babak yg paling indah. aku akan disatukan. dirapatkan. dikembangkan. insyallah..

22hb hari tu aku pergi ke kota tinggi.. aku berjumpa hj. jamalludin dan keluarga. aku dengan secara budiman (budiman la sangat!), menerangkan isi hati aku. ku terangkan semua. semua yg 'manusia tepi kain' akan fikir tentang aku dan anak dia. kerana aku tahu dia sangat risaukan anaknya. setelah diterangkan, en. jamalludin berlinang.. dan aku terus mengalih cerita.

en. jamalludin merestui kami.. aku gembira dan masih terkial2 sampai sekarang. masih tidak percaya. tidak percaya kerana aku yg dulunya insan yg tidak pandai berkata2 dan kini boleh menyakinkan en. jamalludin yg aku anggap amat tegas.

terasa diri ini amat berharga..

selesai itu, kami bincangkan hal persatuan kami.

diikat
rm11112
1/1/09

alhamdulillah... syukur..



fynn,
jangan lupa rindu aku.
jangan lupa sayang aku.
jangan lupa janji kamu.
jangan lupa cinta kamu.

ye.. akan kupetikkan padamu tiap hari.

8 ulasan:

Miss Fynn berkata...

tri,
teruslah memandang aku seolah pari2.
dan andai datang hari aku tidak lagi menerang malam kamu, larilah saja, biarkan aku.

terus cinta,
terus rasa.
semoga selamanya.

tri berkata...

fynn,
jangan rendahkan martabat kamu.
jangan tinggi2kan aku.
dunia aku tiada manusia.
jika aku lari,
aku binatang.

terima kasih fynn.
terima kasih.

tri.

SYFNS berkata...

wah! tahniah tri!! ^_____^
jaga kak fynn elok2. jgn lupa jemput aku ke pernikahan kamu. hahah. ;DD

.layla tumaisuri. berkata...

congrats!
:D
(penah blog-hop sini dulu)

Sue Anna Joe berkata...

yeayy, jaga fynn baik baik tauuu.

QaSiyh berkata...

jaga kakak baek2 ya...
jgn biar dia berhenti berpuisi...

Doa semua bahagia...

tri berkata...

syfns: thanks.. datang la.. haha. wed card blum design lagi la. nnt dah siap, aku bg.

layla: tq. hop la lagi. (hop?)

sue anna: insyaallah.. selagi boleh menghembus nafas.

qasiyh: puisi fynnjamal tidak akan berhenti.. kerana,

setiap katanya, bagiku adalah puisinya.
setiap geraknya, bagiku adalah seni.
dan setiap nafasnya, bagiku adalah cinta.

Tanpa Nama berkata...

nak menangih aq baca carita cinta korang nie...
terus bercinta sehingga hayat masih ada..