Isnin, 30 Jun 2008

sabtu.

aku kuatkan diri ke tangkak. rumah ibunda hj.jamalludin. rumah nenda fynnjamal. rumah tinngi yg harus kudaki.

aku, budak kecik, dan along, tiba di tangkak kira2 jam 4 petang. ku lihat ramai nak mampos! kenduri yg kami sangka pada malam hari tidak tepat sama sekali. rupa2nya lepas asar.

turun kereta, aku di kuatkan dengan senyuman hj.jamalludin. aku gembira tidak siapa yg tahu. rasa dihargai. tetapi, hj.jamalludin seperti biasa. berat mulut. hanya senyumannya sahaja yg boleh menyejukkan.

kemudian, aku diheret ke rumah kenduri itu. seram. bersalaman dgn semua yg aku fikirkan emak saudara fynnjamal.


*mana satu emak saudara pon aku taktau*


fynnjamal menyapa seseorang dgn panggilan atok. dan aku tahu itu ibunda hj.jamalludin . aku dikenalkan dgn atoknya. kami bersalaman.


*atok tak pandang pon aku*


aku risau. atok mcm tak suka aku je. tp takpe lah. ku harungkan juga. aku tak peduli. kerana aku cinta si budak kecik itu.

hmm... habis je kenduri, atuk berbual dgn budak kecik. aku konon2 nk join. tp atuk tak suka. haha! dia hentam aku kaw2! tapi aku faham yg atuk keliru dan risau..


malam tiba.
lepas maghrib, mereka duduk sekeluarga. aku lari pi hisap rokok. pabila selesai hisap. aku masuk. mereka sdg bincangkan hal perkahwinan kami. aku dgr je.. sbb aku cuak dgn atuk. muka ketat nak mampos!


kemudian, kami ditinggalkan berempat. aku, budak kecik, hj.jamalludin dan atuk. berborak. atuk masih ketat. budak kecik suruh aku cakap dengan atuk. tp aku cuak. takut dihambat.

akhirnya, aku kuatkan diri. aku minta izin hj.jamalludin untuk bertentang mata dgn atuk. hj. jamalludin terus tinggalkan kami.

aku duduk menghadap atuk. ku pegang kakinya. ku hembus kata2 cinta aku terhadap cucunya. aku merayu restu pada atuk. sedikit2 atuk mencorakkan senyum pada bibirnya yg sangat comel.

aku puas.

matanya yg petang td tidak ingin mengenal aku, kini berlinang tp masih kuat. atuk memang hebat. aku yg dulu mengira berapa kali atuk senyum kat aku, kini dah tak terkira. aku happy. dan aku tahu budak kecik pon happy.


"atuk restuilah kami"


pagi esoknya.
aku tersangat2lah gembira. atuk mula berlawak. aku dipandang semua. hj.jamalludin mengalir air mata gembira. semua seperti keluarga aku.

atuk yg semalam tidak ingin tahu siapa aku, bertanya dari mana aku, siapa aku, bagaimana aku.

dan dgn kaki ayam atuk memberi buah tangan untuk keluarga aku di nilai. pisang. hehe.. juga nenasnya yg digembar gemburkan hebat di tangkak. juga hj.jamalludin yg sanggup menebang pokok untuk bakal menantunya. sampai bergetah seluarnya. terima kasih semua...


tuhan, terima kasih. aku suka keluarga ini..



kini, aku sudah dapat merasa mempunyai abang, dan adik perempuan. baru ku tahu betapa besarnya hikmah berkahwin. sangat besar. alhamdulillah.. syukur.

10 ulasan:

SYFNS berkata...

sungguh meriah & harmoni.
kamu beruntung tri. (:

tri berkata...

kita semua beruntung.. cuma belum tiba masanya.. sabar sahaja.

fynnjamal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fynnjamal berkata...

dan seluruh ahli keluarga hj jamalludin masih terpempan.

yang lelakinya kagum dengan ikhlas kamu.
yang perempuannya cemburu dgn keuntungan aku.

ah, fitri.
cinta selepas halal jauh lebih agung, kan?

tri berkata...

mmm...
alhamdulillah..

fynn, saya malu dgn tuhan.. Dia banyak kuatkan saya. saya nak nangis.

(masyarakat tepi kain kata yang lelaki menangis tu bodoh. betul ke?)

eamy berkata...

tri dan fynn
cukup bahagia kamu sekarang
harap tiada lg senyuman 5ringgit dulu..
xsabar nk g kenduri..haha!

Tanpa Nama berkata...

tiba2 br aku sedar yg aku menitiskn air mata.
aku doakn ko bahagia dn indah selalu.

bak

princessanna berkata...

tri, sungguh syahdu cinta kamu pada fynn... jgnmain2 dengan fyn k!! kalau tak kami karate!!! :)rite fyynn???

amoi chantek berkata...

entri nih betul2 buat aku nagez.. tak pernah sesekali pun aku baca entri blog sesape yg lei buat aku nagez.. iskk... bertapa tulusnya hatimu..

Tanpa Nama berkata...

bila agaknya akan aku rasa bahagia seperti kamu...

*donia*