Ahad, 14 September 2008

kau tak layak nak bersemuka dgn aku..

hey, ini cerita aku yg semakin benci manusia kuala lumpur.

aku lahir di klang, selangor. di hospital kerajaan yg dulunya hebat bak kata orang ramai. dibesarkan di keramat, cheras, dan bandar tasik selatan. ketiga tiga daerah ini memang banyak kenangan. memang banyak. banyak yg pahit. memang sial. serabut. sibuk. bising. tapi bagi aku, ia bagus hanya untuk mereka2 yg tidak kenal siapa diri sendiri. itu bagus. kau akan jumpa.

aku,
dibuang sekolah kerana dadah.
dihina orang kerana arak.
dibenci keluarga kerana sial.

mungkin ini adalah kesan dari melihat ayahanda aku yang menogok arak dirumah terbuka rakannya semasa aku bersekolah rendah.

hmm..

bagi aku itu biasa. kerana aku kenal ayahandaku. menjadi seorang detektif narkotik di sentul selama kira2 12 tahun. berkumpul dgn motosikal berkuasa tinggi di kotaraya sial. berfoya foya disepadan utara. bergaduh sana sini. bagi aku itu biasa.

satu ungkapan ayahanda yg aku pegang selama ini,
"aku tak kisah kau tak belajar tinggi2. aku nak kau belajar untuk hidup dan mati."

dgn itu, aku sedikit sebanyak mengikut jejak ayah yang berfoya sana sini. konon nak kenal dunia. konon nak ada nama. konon segala.

aku berjaya.

berjaya mengumpul dosa. membunuh jiwa. berkawan berpesta. dan membenci keluarga. konon kuat dan hebat dikotaraya. ahhh, bodoh.

genap umur ayah 40 tahun. dia mula sedar. dia menjadi kecil sekecil hamba. dia meminta adik aku yang kecil mengajarnya membaca quran. ayah yg dulu kononya ketua, bertukar menjadi hamba. mula belajar mengeja puisi dari tuhan. belajar tongang tonggek menyembah Allah. belajar mengisi waktu yang hanya lima.

aku masih disana. dgn kumpulan2 yang konon menakluk dunia. tiada langsung pegangan. berani mati mengejar dunia. tidak sedar yg aku mengejar tahi di daerah sial kuala lumpur.

fuck!

habis SPM. aku ke MMU melaka. konon mencapai cita cita keluarga. anak sulung la katakan. ke universiti la konon. sampai disana, aku menjadi musuh negara. mengedar kepada manusia2 tahap tinggi. hampir semua mangkuk ayun di melaka tu aku kenal. semua aku redah. tak kira kawasan.. pegi mampos! haha. hampir semua stoner di MMU tu aku kenal. datang ke rumah aku untuk berbelanja. panas. sampai rumah aku diserang gengster2 melaka. bagi aku, gengster semua takde otak. konon nak berniaga, tapi nak cepat kaya. sangat melayu!

ayah sedih melihat keadaan aku. aku yg kemudian balik ke pangkuan keluarga berniat untuk bekerja. kononnya insaf. keluarga kami berpindah ke KLIA. kerana ayah ditukarkan ke KLIA. aku yang mula2 mati kutu di kawasan ini, menjadi sedikit dewasa. aku berkerja dengan MAS sebagai pelayan, dan penyelamat di atas udara. disitu aku melihat dunia. aku kenal manusia yg berkolar. aku bersembang bersama si budiman yg tersusun rapi. aku diajar menjadi tersusun dan teratur rapi. berlemah lembut segala. kerana aku bekerja dgn manusia yg diiktiraf sebagai ' world's best cabin staff '. pengiktirafan itu diiktiraf 5 tahun berturut2.

dalam pada itu juga aku lihat dunia. dan baru aku sedar yg malaysia ini hanya sial yg kecil. aku berkawan berbagai. berbelanja sana sini. bergaya habis habisan. haha.. dan lagi, aku terlibat dgn dadah. dadah dan arak adalah sangat biasa dalam profession aku ketika itu. teruk!

aku mula berfoya2. aku mengikut jejak ayah yang minat dgn sukan motor. aku beli motor. 1000cc! gila babi laju! aku jadi gila. setiap bulan aku ulang alik ke singapura. kl ke singapore hanya 2 jam. haha. dan berbakul jugak aku dimaki kereta lain.

setelah 2 tahun aku bekerja. aku berenti. aku kantoi MC. hmmm... byk sgt enjoy. aku buat macam2 kerja lepas tu. aku jd ulat klia. aku jadi pencuci kereta di carwash ayah aku. dan byk lagi. walaupun aku sedikit susah waktu itu, tapi aku tenang. tak mcm kat kl. berserabut!

akhirnya, aku mengambil langkah untuk menjual motor kesayanganku pada waktu itu. aku berkongsi dgn ayah membuka kedai makan di Nilai. mula2 mmg susah. biasa la berniaga. hari ni pakai rolex, esok pakai swatch. ada naik dan turunnya. tp aku redha. aku sabar. aku kuat.

dgn itu, aku semakin jauh dari kawan2. jauh dari segala. apa yg ada, hanya keluarga dan kerja. aku cari duit mcm nak mati. berbulan bulan aku tak berbelanja. aku simpan. niat nak kahwin la konon. hehe.. tp takde gfren. haha!

dlm pada itu, aku di kenalkan kepada fynnjamal oleh rakanku di internet. hari2 aku lihat lamannya. dan ada aku cuba untuk menegur tapi aku takde point. aku biarkan ia mati disitu.

dalam 2 ke 3 bulan selepas itu, aku ada menyiapkan beberapa lagu untuk direkod. idea aku untuk merekod solo. tp lepas aku fikir2 balik, aku akan serabut bila perform live. aku amik keputusan untuk mencari sessionist atau vocalist. aku teringatkan fynnjamal yang melalak dgn penuh jiwa. dan aku buat surat permohonan untuk mengambil fynnjamal menjadi vocalist aku. dia setuju.

time tu aku seronok gile sbb aku dah ada vocalist yg cantik jelita. hehe. apatah lagi suara yg aku cari ada pada fynnjamal. juga jiwa yg penuh. akan tetapi, aku amat sibuk dgn kerja. kami terhenti disitu. tiada apa perkembangan.

dlm masa yg sama, aku terjatuh cinta dgn puisi 'anak naga dan dermaga'. dalam kurungan, jatuh cinta dgn fynnjamal. lalu aku simpan rasa itu kerana tidak mungkin tuhan akan terbitkan aku dlm hati fynnjamal. sekali lagi, aku biarkan ia mati disitu.

dua bulan lepas itu aku berangkat ke nuzealand. cari duit lagi. dan dlm masa itu, ada juga sekali dua menghantar kabar kepada fynnjamal. kerana aku rindu dia tak memasal. padahal jumpa pon tak pernah. bodoh!

setiba aku pulang ke malaysia, aku beberapa kali membuka laptop mencari fynnjamal di alam maya. tetapi tiada.

tiba2 dihari pada 2 mei. aku lihat fynnjamal di yahoo massenger. aku tegur walau aku tahu dia akan jawab aku sepatah2. tapi tidak. dia teruja yg aku sudah di malaysia. aku pelik dan gembira. hahaha!!! untuk pertama kali kami berbual seperti sudah kenal 10 tahun. kelam kabut aku jadinya. dia cerita masalahnya di kuala lumpur. kami sgt selesa berbual. berbual tentang manusia. tentang alam. tentang tuhan. dan kami membuat keputusan untuk berjumpa. mula2 aku menolak. aku takut. takut bualan indah itu akan lenyap bila kami berjumpa.

tapi memang aku nak sgt berjumpa si comel itu. haha..

7 mei, kami jumpa.

kami sambung perbualan kami di tempat tinggi di Luna Bar. indah senja waktu itu hanya kami berdua yg tahu. sangat jauh dr manusia sial. sempurna.

selepas hari itu, kami rapat. erat... hingga kini. hingga mati. kerana ini takdir aku. dalam mana aku jatuh. tuhan tahu hati aku. tuhan tahu siapa aku. Dia maha Adil. kau jgn nak masuk campur walaupun hutang kau dgn keluarga aku dah berbayar.



akhir kata,
selamat tinggal dunia. selamat tinggal kotahina. selamat tinggal manusia.

23 ulasan:

ili syazwani mk berkata...

Tri, demi Tuhan, aku tabik spring kat kau..

MaGGoT World berkata...

ur word is beautiful..
congratz man..

SYFNS berkata...

sangat seronok baca entri kali ini.
sedikit sebanyak tahu pasal diri kau, juga tahu camne kau kenal kak fynn. semoga berbahagia dan selamat menjalani kehidupan di NZ nanti. (:

fynnjamal berkata...

terasa telanjang saat ini.
begitu diangkat ke langit.

kekasih,
aku ini manusia biasa juga.

kepal tangan ini terus.
ayuh terbang ke pelangi.

abang loser berkata...

aku rs nak menitis air mata.
:(.
aku rs sedih gile tp nasib baik
hidup skang semakin better.
tetapi memori dulu tetap ada.
biar memori dulu jadi pengajaran.

Syah Saliman berkata...

yeah.MAS mmg best,landing smooothhhhhh saja.wakaka

oh saya juga mula2 jatuh cinta pada fynnjamal pada puisi 'anak naga dan dermaga'.

kemudia,follow saja aktiviti dia.dan akhirnya,berjaya knl kak fynn mungkin tidak rapat tapi sudah cukup bagi aku.

noa berkata...

abg tri,nilai di mana?

tri berkata...

cempaka

skpn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MaNuSiA_RuMiT berkata...

selamat pengantin baru..
walaupun lambat hampir sebulan..


penggunaan bahasa sama mcam kak fynn..

bella honey berkata...

dude!
this is touching.
semoga berbahagia.

Tya berkata...

just a random visitor. sy tak ingat pun mcm mana boleh terpelanting ke page ni. terharu baca this post. sy doakan your marriage will forever be in bliss =) hanya kata2 seorang stranger, i know, ttp sy sincere.

PeaCeMaKeR berkata...

wow...yeke..

sungguh mcm ku xpercaya dgn crita ini..

tp akhirnye aku percaya..

manusia bile2 boleh berubah kan?

kirimsalam kak fynn..

sy satu skul dgn die dulu..

Tanpa Nama berkata...

your story is so beautiful.
hampir nk save kan dlm laptop so tht bile rasa down boleh baca n dapat inspirasi.
=)

cik kedondong berkata...

ouh..ingat kan cume cerita
rupenya realiti

hmmm..
mungkin belum terdedah lagi dengan dunia nyata
atau tak berani membuka mata

tapi kisah ni best
wooooooo
i like =P

nazOora berkata...

1st time belek2 blog fynnjamal..seterusnya ke sini..*entri ini*. fynnjamal n tri sgt secoCOk ;). kiUt!

amoi chantek berkata...

:) contoh perkenalan di alam maya membawa kealam perkahwinan kan? :)

bagus la.. u tak sepatutnya jadi mcm tuh dlu.. u oke wut, secocok dengan fynn.. :)

cerita la lagi pasal u all.. berminat sangat

tigerlily berkata...

hoho sgt historical!!
nway, i guess u've found ur love of a lifetime. vr lucky! congratz!
idup mmg pnuh dgn unexpected thgs.just go wt the flow =)

vidadarisakura berkata...

sweet gilak!!

org.kaya.sabrina berkata...

tiada orang yang lahernya terus berjalan lurus..

tapi yang membezekan org ini dengan orang iitu ialah pencharian itu.

ada yang nampak tapi ta ikot.

ada yang tanampak tapi menchari.

ada yang pernah ikot tapi lari.

jalan lurus itu.

dan ..

aku maseyh.

p/s:saye merapu..saye tau.

LIZ berkata...

suka entri ini :)

nuRul saLoma berkata...

suka bc blog kamu seperti mana membaca blog isteri kamu yg plg cantik itu..tahniah..

kenshin berkata...

pailang tapi puitis...salute...