Isnin, 31 Mac 2008

'nurseni fitri'

sumpahkan aku kesana
hidup bersama
sunyi berdua

andainya kau kekasihku
hiduplah ku
untuk seniku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

gengamkan raut tawaku
simpannya dalam
sedihmu

agar terpaut janjimu
yang tak bermusuh
tak berpengasuh

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlas dan jujurku

kau Puteri Nurseni Fitri ku

Ahad, 30 Mac 2008

shahnon tri

kom ape?
kombat!


mmm....
aku niiiii hahahaha!
laaa bebbeb fuh!
aaaapee naaaaaaaak tuliiiis ss ss sss s ni?

argh! benci gile ah mcm ni! aku mmg tak berbakat dlm tulisan bebas ni! rasa mcm melayang bodoh yg tiada grafiti. tak jatuh. terapung je..

haaa... td aku chat dgn 'sifoo' komputer aku, Duke. dia bertanyakan pendapat aku tentang persahabatan dan perhubungan. aku cuba tolong sedaya. sbb dia byk gile tolong aku time aku susah dulu. byk byk byk byk gile! thanks duke! nnt tuhan bagi kau gula2 kat syurga. hehe. n aku try suruh dia baca LANGKAH ni. dia pon tak percaya yg aku tulis blog mcm ni. dia espect aku hanya akan mengarut sedaya aku. haha. blog ni untuk aku la. bukan utuk org lain. takkan aku nak mengarut untuk aku. mestila tak kelakar..
aku just nak tahu dimana climaxnya menulis ni.

sampai skrg aku tak rasa apa2 pon.... sama je... aku rasa tak bole jd penulis la.

Isnin, 24 Mac 2008

' Cerialah permaisuri '

cerialah permaisuri
ini adalah untukmu
dan kekasihmu

cerialah permaisuri
bertahun aku ada
untuk menunggumu

cerialah permaisuri
makin kuat kudengar
hal persatuanmu

cerialah permaisuri
engkaulah dadah
yang tinggal bagiku

aku mati
bila kau sebut namanya
aku lari
bila selama ini

apakah aku permaisuri
bisikkan ke telingaku
apakah aku permaisuri
hamba yang kecil berdiri

cerialah permaisuri
ini adalah untukmu
dan kekasih hatimu

cerialah permaisuri
ku hanya bergembira
makan makanan tin

cerialah permaisuri
ku belikan reben hijau
untuk sebuah gitar

cerialah permaisuri
ku punya semua wanita
berjalan tidak jauh dariku

aku mati
bila kau dihantar pulang
aku lari
bila selama ini

apakah aku permaisuri
bisikkan ke telingaku
apakah aku permaisuri
hamba yang kecil berdiri

Sabtu, 22 Mac 2008

Thomas Edward Yorke

idola aku.

aku rasa dialah orgnya.
dia lukis apa yg aku nampak.
dia ukir apa yg aku mahu.
dia jerit apa yg aku pendam.
dia lagukan apa yg aku siul.


thom yorke. vocalist radiohead. hidup di oxford, england. pendek. mata kiri sepet akibat paralysed sejak kecil. degree in fine art dan english.

lagu pertama ditulis "Mushroom Cloud". tak tahu baca music. lagu terbaik dari beliau dan bagi aku : creep, a wolf at the door, street spirit, let down, how to disappear, exit music. thom mengandungkan falsetto yg berperasaan dan dilahirkan sempurna untuk mencapai note2 yang tinggi dalam tempoh yg agak lama. aku percaya yang masih banyak alunan yg baru akan dienakkan oleh beliau. aku percaya.

thanks thom!

Jumaat, 21 Mac 2008

come on pelagu MALAYSIA

kepada pemuzik malaysia, terima kasih atas kerja kuat anda menaikkan martabat seni kita. dikatakan makin maju. tapi cepat lupa.

akan tetapi. aku masih benci alunan muzik malaysia kini. bagai tidak ada arah. aku lebih suka alunan2 classic kita. sgt berperasaan.. hebat. aku rasa ini semua kerana manusia di malaysia ni byk mendengar musik untuk orang lain! come on! tak payah nak hiburkan org lain! aku taknak berhibur la bodoh! aku nak hidup!

hmmm.. but bukan semua pemuzik malaysia mcm ni. tapi majoriti! stop it pls... bermuzik lah untuk diri sendiri. cukuplah dapat berteduh dari hujan dan panas..



aku nak belajar dari alunan bunyi hidup dari kamu!!

Khamis, 20 Mac 2008

Beli tiket train

hening pagi aku dah bangun sbb mlm td Heng ajak pegi beli tiket train. dia nak balik Thailand on 1 april. Heng ni keje ngan family aku. tukang masak. umur 21. hensem. baik. dan pencuri hati yang hebat.


aku suka dia. (gay gile sial!)


tu sbb aku tolong dia. tapi aku call dia tak angkat. tido lagi la tu. smlm beria ajak aku beli tiket. aku dah bgn pagi2 ni. bukan senang aku nak bgn pagi. cuma org tertentu je bole buat aku bgn pagi ni. maybe dia penat. aku paham.. (FUck! gile gay ayat aku ni! biar betul sial!). actually, aku lemah sikit kalo kenal dgn org baik2 ni. aku sanggup buat apa pon kalo diminta. sbb aku puas dilayan dan dijaga. padahal kalo difikir secara rakyat melayu di Malaysia, dia patut bekerja untuk aku. best gile dunia ni!

ops.. jap. td masa aku bangun. bapak aku tgh tgk tv. ada live. nampak mcm persidangan UNMO ke ape ntah?
aku tanya bapak aku: ape ni? BN punya conference ke?
bapak aku jawab : kepala hotak kau! hari ni kan MAULIDURRASUL! kau ni apa pon taktau! cakap pandai!


Amik kau!

Fikirlah wahai melayuku

assalammualaikum kombat!


bengang sial.. hari ni aku pegi kedai tlg family aku. restaurant. setelah sekian lama aku tak pegi bcoz bz settlekan 'working visa' aku. bile la nk siap visa aku.. hmm.. actually aku spatutnya ada kat new zealand skarang ni. Hish! tu la, tak bersyukur lagi. . mcm ni la jadinye...


hmm.. (terkenang dosa)


tadi kat kedai, mak aku gaduh dgn adik aku sbb silap order. then, dua2 nak menang. sakit telinga aku! dalam hati aku rasa nak sound je dua2. tapi kalo aku sound pon, dierang jenis yg tak makan saman. aku benci betul dgn org2 yg mcm ni. taknak mengalah.

bagi sapa2lah yg jenis taknak mengalah ni, korang takkan improve diri korang sendiri sebab korang dah fikir korang ni dah bagus gila! buang la sikap ni. terutama MELAYU. rendahkan lah diri anda serendah2nya. kamu akan berjaya dan dihormati... hmmm. cakap pon tak guna kot sbb nnt korang pulak yang cakap aku ni 'macam bagus' nak nasihat org. ye la sbb aku ni sapa la sgt. takde yg bole membuatkan org dengar dan ikut cakap aku ni. MAMPOS lah semua org!!

Selasa, 18 Mac 2008

pertama ialah Aku

ok. ok. ok.

aku setuju. aku buat. aku dah ada blog. dah byk kali aku gaduh dgn diri sendiri sebab nk buat blog ni.. JASAD tak habis2 nk buat. ROH asyik kata blog ni untuk sapa? buat apa? sampai bila? dan aku senyap..


fikir...


buat je lah... mana la tau aku dapat tahu aku nak kena bunuh ke.. b4 mati bole tulis blog! kan?
blur la first time tulis blog! fuck! OK!
nama aku hazrilfitri bin hadzir bin mohd yusof. aku tak ada idea apa itu blog...