Rabu, 30 April 2008

muzik dan aku

bon iver.

hari ini pengalaman muzik aku diserikan lagi oleh bon iver. terima kasih kepada azim. dan seperti biasa aku dgr sehingga aku bermimpi yang itu lagu aku. aku buat begitu kepada semua lagu yang aku suka. tak salah. tp hina.

bon iver.

sersusun dgn bunyi vocal yang seakan country. tidak bersusah untuk sesiapa. tidak mengambil hati sesiapa. tidak perlu masyarakat sekeliling. byk mengunakan string yang lembut. tidak cuai.

ye ke? mmmm...

dunia ini kini ini

zaman.
beredar laju.
fesyen.
berputar ligat.

teman.
kian tiada.
musuh.
cermin muka.

muzik.
kini sunyi.
hiburan.
tiada lagi.

taman.
nikmat maksiat.
jalanraya.
bersimpang sesat.

syurga.
hanya kiasan.
neraka.
rumah singgahan.

kamu.
pembunuh upahan.

dan aku.
akan terus betahan.


dunia ini kini ini.
@++< (t r i)

Isnin, 28 April 2008

musik dan aku

musik ni untuk apa? untuk siapa?

*tgh dgr 'getaran jiwa - ramli bin puteh'

aku sangat berterima kasih kepada tuhan karena memberiku deria faham dan sahut yang sangat tajam. aku sangat terlibat jika mendengar sesuatu sehingga payah untuk aku 'tune' guitar yg aku nak main. tiada bunyi yang sama bagi aku. kerana aku menikmati dgn luar biasa disetiap sudut bunyi itu. sehingga aku khayal mendengar 'note' yang sama dalam keluasan gelombang yang berbeza.

*terasa bodoh yang amat.

mmm.. ok. mungkin aku lembab dalam mengenal bunyi sesuatu 'note' itu. mungkin sbb aku tk memandang pada tone sesuatu 'note' itu. aku hanya mendengar pada getarannya sahaja..

kepada semua pengamal muzik teori. kamu akan mentertawakan bahasa muzik aku. kerana aku buta teori. arghhh.. tak penting pon bagi aku. tak perlu. just jgn lupa minum air je kalo gusi kamu dah kering nnt.

*diam

aku mencipta teori jika kau mahu tahu sbb muzik dan seni itu tiada peraturan dan tiada nama bagi aku. ia hanya penterjemah minda indah yang bersangkut jiwa dan perasaan.

Ahad, 27 April 2008

. . .

hari ini bermula elok.

*lamun sambil dgr radiohead.

aku baru bangun. dan otak aku diadukkan dgn bunyi indah. selalunya aku akan mengikut mood lagu yang pertama aku dgr bila bgn tidur...

adik bongsu aku balik ke asrama semula hari ni. habibfikri. manusia paling pemalu dan genuis dr semua manusia yang aku kenal. PMR 9A. hafal peta dunia pada umur 6 thn. melukis peta pabila kami sekeluarga balik dari mana tempat di dunia pada umur 4 tahun. sembahyang tk tinggal. diadukkan dgn kiamulai. arghhhhhh!!!!

aku ni apa?

*mood indah kian padam dan dinyalakan dgn mood sedar

tiba2 aku rasa rindu ntah dgn siapa... fuck! aku kena cepat2 cari duit n kahwin ni. kau akan gelakkan aku kalo kau melayu. tp aku nk kahwin dgn siapa sial! nak cari lg satu hal. nak kena kluar kenal2 lagi. date lg. calling2 lg. argghhhhhhh!! mengarut!!!

*perasaan taknak kahwin muncul lagi.

kalo tak kahwin tak bleh jugak sbb aku nak anak sgt2. aku nk sgt jadi ayah yang tk terkata. kan best kalo ada wanita yg tak payah bercinta terus kahwin. tapi malaysia ni takde kot. kahwin nk kena beradat budaya lagi. arghh!! fuck lah nak adat2 ni!

aku tak nak ckp lagi. nnt aku marah semua org. aku nak mandi..

Sabtu, 26 April 2008

happy birthday

dr airport trus pegi umah aby. birthday aby.

aku benci gile bila pegi tempat keramaian makan2. sbb kena berborak. mcm bodoh sbb aku tak suka berborak pandang pertama. sbb slalunya tak beerti bagi aku.

*duduk sorang sambil senyum dan angguk kepada semua yg lalu depan aku.

*gelak sorang dlm hati.

aku pegang air yang dah habis(tgn kiri) sbb kat tempat air ramai perempuan. aku takut nak p amik. kerja aku amik satay je. sbb kat sebelah aku je. so tak payah bgn sbb nnt org duduk kat kerusi aku.

*aby sibuk dgn kawan dia dan gfren dia.

mm.. penat gila aku tunggu keadaan yang sesuai untuk aku berubah perasaan. penat. hasilnya sama. aku jadi mcm org yang tak jemput pon. padahal aby beria ajak.

*lihat hadiah. sedih.

kalo kamu nak tahu. aku tak pernah walau sekecil mana pon mengadakan keramaian untuk hari keluaranku. hanya sekadar ucapan.. gile loser.. tp aku tau ada lg loser dr aku.. takpe.

*tgk jam dan buat muka nak cepat.

aku blah tanpa sebarang bukti. aku dah tak tahan kerana nak jumpa mak ayah aku dan sambung alunan bunyi terngiang ngiang dikepala aku ni.


akhir kata,
fuck org ramai! fuck aku dan perasaanku!

Jumaat, 25 April 2008

kamar lelap yang terlena didunia.

hari ini akan ku temu semua tawa2 dulu. tak sabarnya. harap juga kamu.

akhirnya aku berjaya belajar menyimpan rahsia itu. maaf sayang. ini semua kerna aku tidak suka untuk dirindu.. aku benci perpisahan!

Khamis, 24 April 2008

yeay itu gembira.

ya. mungkin ini kot? mmm.. ye ke, huh? jap, dengar balik dari mula.

*pejam mata*

akhirnya, (nafas gembira lepas)
aku dah berjaya mendapatkan bunyi verse untuk cerita itu. senyum dan terus berhenti dari segala kekuatan pendapat. betapa lama aku sabar dgn intro yang semakin loya ku ulang 500 kali sehari. secara kasar. terima kasih tuhan.

*pegun kosong*

macam mana la penulis2 musik diluar tu bole buat lagu byk2. mungkin mereka guna ilmu kitab. tapi kalo nak diikutkan ianya lebih kepada idea. maybe skill kot. ah, pegi mampos. memang aku byk amik semua benda tu susah. walaupun senang. aku taktau kenapa. nak kata teliti, aku ni org yg agak pemalas..

apa2 je lah..

Selasa, 22 April 2008

tuhan, kurniakan untukku

wahai permaisuri,
cintailah aku ini,
tolonglah,
aku merayu,

wahai permaisuri,
akanku sediakan sarapan tiap pagi,
hidangan paling romantik bagiku,
bermesra perbagai intonasi.

wahai permaisuri,
dimanakan kamu,
adakah akanku temu kamu,
olehi kamu.

wahai permaisuri,
yang berat katakan rindu sayang,
ia buatku menghargai ungkapan itu,
buatku membina istana baru selalu.

wahai permaisuri,
muncullah sayang...

Sabtu, 19 April 2008

serupa

wahai sahabatku,
walau setinggi mana kamu,
masih perlu kau lonjak mencapai rindu.
untuk kita bertemu diwaktu semuka itu.

jauh aku terlayang dengan kawalan emosi longgar

apalah daya kalo idea semakin lurus gagap. dah takde cabang lagi dah. sekali lagi kalo aku paksa, aku rasa mesti ada yg tergigit genggam ketat kuat. fuhhh...


dah 3 hari aku jadi hamba jadual yg sama. hanya emas je yg berbeza skit. ikut keperluan dan sedap. yg lain, gila babi sama! kawasan, dengan, tujuan, harapan, penyampaian, banyak lagi lah! hahaha.. apa aku nak jadi apa ni yang aku nak? tak kisah lah. yang penting aku puas yang amat paling bila aku mendengar hasilku. walaupun orang Malaysia asyik dengan lirik korus 'manusia tu tak pernah puas'. mmm.. ye ke? siapa yang memulakan patah kata yg mashyur lantang ni? hmmmm....


adik adik semua, jika taknk jadi manusia yang mcm di atas, kamu mesti cari dimana titik puas kamu yang paling halus. 'copy' dan 'paste' di otak kamu. berlatih untuk mencapainya sehingga kamu tidak lagi bersaudara dengan semua titik tebal di belakang yang dalang semuanya. lupakannya. ia tidak perlu disinggah lagi. teruskan bersyukur dengan mengalahkan titik tebal yang jangan dihina tadi. kemudian, puja dan nikmati titik halus kamu itu dgn mengaguminya dengan sangat jakun. kamu akan menjadi manusia yang sangat berkualiti kerna memenangi hadiah 'nafsu puas buta'.


lumrahnya, manusia banyak harapkan benda yang baik dan sempurna dari semua. tapi kalo diberi sebaliknya, manusia akan jadi takut, marah, lari, kecewa, patah, dan benci. diam dan terus mencari maha pemurah. mmm... kenapa nak kena gini? kau ingat yg tak baik tu datang dari mana? mana syukur yang kamu patut dulukan, huh? mana emas yg tidak kau lapangkan untuk-Nya?


mana?!!



apa aku cakap ni? kat mana aku ni sebenarnya? dah nak sampai kot?

Rabu, 16 April 2008

. . .

memang betul itu aku.
yg tidak habis bermula.

kenapa kamu?
bagai batu asahan.
yg membantu mati.

biarkan!
itu dah berlaku.
sudah ditulis sebelum semua.

kau siapa?!
menjerit terlolong
bagi bangkai sial!

kau babi! pukimak!