Jumaat, 30 Mei 2008

end tri

aku rasa bersalah ni.. buat tu tak kena. buat ni tak kena. sbb buat itu dan buat ini adalah benda yg patut aku buat.

harap faham itu lebih.

harap.

Khamis, 29 Mei 2008

rindu kamu

kami kelahi
kamu menitis air mata
aku bergengam kuat menahan
kami berpusu-pusu
mencari punca

apa?
mana?

dan
setelah sedar
puncanya adalah kerana kami merindu
kami setuju
kami senyum
kami tidak boleh berjauhan
itu sebenarnya


Tuhan, kami kelahi kerana rindu
apa maksud itu, Tuhan?

Rabu, 28 Mei 2008

...

bila keadilan itu tiba, baru aku sedar siapa aku. dimana patut aku. walau tidak puas, aku mesti redha. aku mesti sabar. aku mesti lupakan. kerna aku sudah dapat lebih dari apa yg aku doakan selama ini. aku dah dapat 'peha'. aku lupa 'betis'.

aku.
sabar.
berhenti berharap.

"alah, biarlah.. nnt2 ok lah tu"

"alah, biarlah.. esok2 hari aku.. insyallah.

"alah, biarlah.. tuhan nampak apa aku buat. Dia Maha Adil.. alhamdullilah.

"alah, biarlah.. dulu aku takde apa2. ok je.

"alah, biarlah.. ada hikmah.

mmm..
terima kasih semua.
terima kasih keadaan.
terima kasih perhatian.
terima kasih nasib.
terima kasih manusia.
terima kasih dunia.
terima kasih.

aku mmg patut kecil.

Khamis, 22 Mei 2008

nur affina yanti


hmm.. kepada sesiapa yg tak kenal dgn nama diatas, mungkin kamu kenal dia dgn nama Fynnjamal. insan kesayangan ramai di pentas indie masa kini. puisinya tinggi. rasanya likat. pandangannya tajam. rayuannya sayu.

aku kenal insan ini kerana puisinya. dan aku tertanya2 apa yg slalu dia semangatkan. aku kenal insan seni ini bukan di pentas indie atau mana2 gigs. aku kenalnya hanya diatas talian. setelah sekian lama kami berkisahkan kehidupan di atas talian, kami mengambil keputusan bersemuka. lihat apa ada. lihat apa dia. lihat siapa dia. lihat bagaimana dia. lihat dimana dia.

dan kepada sesiapa yg belum sempat berjumpa Fynnjamal, kamu patut jumpa. dia tercipta dgn keindahan. ternyata sungguh suci ciptaanMu yang ini, ya Allah. cukup.

Fynnjamal yg aku kenal:

1. sgt indah
2. pengasih dan penyayang
3. kekeluargaan.
4. genius (betul ke aku eja ni?)
5. sangat syg kepada kawan2nya : K E C I
6. 100% comel
7. manja. (aku serius. tolong la percaya!)
8. ramai peminat.
9. pandai bergambar.
10.memasak.
11.bercinta dgn abahnya.
12.lembut.
13.penagih cinta tegar.
14.perahsia.
15.suka dapur besar.
16.daging merah.
17.penat berharap.
18.kegelapannya terang.
19.sgt memahami.
20.pegang kuat pada janji.
21.ringkas tp teliti.

mm.. byk lagi sbenarnya... Fynnjamal. terima kasih kerana jadi kawan aku. kamu sgt cantik. oh ya, dia masih single! hahahaha! cepat!

kamu hebat! hahaha! (ayat semalam)

ikhlas biasa2 je,
t r i

Isnin, 19 Mei 2008

bukan disini patutnya.. bukan.

hmmm..

hari ni byk benda nk kena fikir. nak kena faham. nk kena blajar.
nk kena ubah. nk kena biar. nk kena terangkan.

kata2 aku sedih? kata2 aku kasihan?
betulkah SEMUA manusia pandai berkata bual?
jika betul, aku ni binatang ke?

IKHLAS
-aku tidak lagi memandang ikhlas itu tinggi.
-aku tidak lagi percaya yg ikhlas itu boleh diterima manusia.
-aku tidak lagi akan memuja ikhlas itu.

.....kerana ikhlas aku bukan ikhlas seperti menderma. ikhlas aku berani teguh. dan belum ada lagi yg boleh menerima. dan dengan ini, aku akan padamnya dan lukiskan kembali ikhlas itu, tetapi hanya untuk Tuhan ku. bukan manusia.

kerana Engkau satu-satunya Allah yang Maha Faham. Maha Seni. Maha Mulia.

TENTANG KATA2 SEDIH DAN KASIHAN AKU.
-kata2 sedih. kasihan. kedua2 itu menjadi asas dalam karya dan pembelajaran aku terhadap seni. aku guna kata2 ni semua bukan untuk menagih sedih dan kasihan org. aku gunanya, kerana ia cukup berperasaan. cukup indah. aku gunanya untuk setiap perasaanku.

bila gembira, kata2 sedih itu akan menggembirakan.
bila marah, kata2 sedih itu meredakan.
bila rindu, kata2 sedih itu akan menenangkan.
dan bila sedih, kata2 sedih itulah kata2 yg paling berseni.

tak logik? pegi mampos! seni itu tiada peraturan. dan teori itu membodohkan manusia.

Sabtu, 17 Mei 2008

muzik dan aku

hmm..

sekali lagi menulis.
sekali lagi terdiam.
sekali lagi tiada idea.

kepala tgh serabut..
hati tgh rindu..
idea tgh mati..

tp aku kena teruskan ini. mungkin Allah sedang beri aku tembok besar. sbb Dia nak tgk aku, bole lompat atau tidak. hmm.. mungkin boleh, tp bukan disini. aku perlu siapkan alunan ini cepat. sbb aku dah dpt alunan yg baru. tak sabar nk bermula. tp kalau aku start buat alunan 'yang baru' tu, mood lama akan hilang..

mood perasaan skrang masih lagi dalam lagu 'gg2' (masih tidak bernama). td aku dgr balik. dan ia telah bersambung semula.. haha! terima kasih tuhan. aku suka kerana lagu ini masih berjalan. tapi masih mencari bunyi sekitar yg sesuai. agar tidak muntah apabila didgr nnt. hmmm..

beatnya semakin kemuncak. tapi melody belum kuat. masalah sekarang kepada melodi sekitar. dan alunan vocal. tp alunan vocal tu aku tolak tepi dulu. sbb bagi aku, perasaan sekitar tu lebih penting dari kecantikan deria manusia. kerana aku hanya meluah perasaan di tempat yg sesuai. itu aku.. taktau la kamu bagaimana.

hmmm... aku pon tak faham apa aku tulis ni sbenarnya. aku tulis ikut sedap je.. hahah. fak aku! bodoh. patutkah aku belajar teori muzik? patutkah? hmm.. pegi mampos! aku tak kisah.


*fuhh*


aku ingin ke pulau berdekatan dlm masa yg terdekat ni.. sbb kat sini serabut. aku taknak makan 'ubat' apa2 lagi. sbb dah janji dgn kekasih hati. hahaha! so, ini saja jalan yg aku ada. pergi bercuti dan siapkan lagu ini segera. kerna tak lama lg aku akan ke new zealand kembali.. jika Tuhan izinkanlah.

pi/es: sesiapa ada cadangan tempat2 yg cantik di malaysia ni sila bgtau. dan sesiapa ingin meneman, kamu dialu2kan. lelaki sahaja k. perempuan tak bleh nnt mak seni marah. mak seni sibuk, tak bleh ikut.

...

kepada rakyat terapung berkata2 semua,


hari ini mood aku tidak indah. tapi mood aku adalah mood gurau senda. haha.. best gila hari ni. bermula dgn sangat manja. haha.. tak pernah aku rasa mood yg sama berterusan sehingga malam. aku kagum gila!

*muka yg paling kagum*

kebelakangan ini aku makan banyak. aku dah ada pipi. tp rasa malas je nk buat apa2. sbb berat. dan kau mmg hebat! 'tak terbanding' (kopiket). kau bukan manusia. kau insan. insan penterjemah segala. hmmm..


*diam*


hahahaha! fuck! apsal dgn aku sial?!! apsal happy sgt ni. dah byk kali try mood serius, tp kelakar jugak! babi. padahal bukan ada papa pon.


petang.

aku serahkan bukti kebersihan aku pada ayah tanpa permintaan dia. sbb aku dah tak peduli. aku kini manusia normal. yg tidak ada apa patut dipertikaikan lagi. aku dah bole terima hidup ini tanpa nya. aku rasa sama je. hahaha! terima kasih tuhan.

senja.

mama. kamu mmg comel hari ni. aku tak tau kenapa? tapi kamu nampak cantik dan gembira. aku suka! terang gila hidup ni aku rasa. tadi kat kedai, mama risau org duduk lepak kat kedai kami. hahaha! student lepak lama yg order air kosong. mama risau ttg apa yg mereka bualkan. hahaha! serius comel sbb dia risau pasal tu. sbb perasaan risau tu tak akan timbul dalam aku kalo pasal benda tu. perasaan marah ada la. ni... risau.. mcm tak kena jee... biar la mama. janji aku suka tgk dia hari ni.

malam.

rosli, 24 tahun, thailand. seorang tukang masak di kedai kami. baik hati dan lurus bendul. dia berkata:

rosli: abe, smlm ada 2 org kat puchong mati. (muka tertanya2)

aku: apahal? (muka risau)

rosli: sbb dia angkat phone..

aku: hah? (nk gelak. tp tahan sbb crita tak habis)

rosli: yee.. die mati. sbb ada org call dia. dia angkat, terus mati. (berharap supaya tak jadi kat aku)

aku: hahahahahaha! dalam sgt ayat ko ni oi! (isap apa la mamat ni hari ni?)

rosli: laaa.. abe jange gelak. kalo ada orang call abe dan no telfon tu kaler merah, jgn angkat. nnt mati.

aku: pala otak kau! mana ada org mati mcm tu! bodoh gila mati mcm tu! baik bunuh diri!

rosli: td sy dapat msg kat phone ckp mcm tu. iye tulih ada orang indon nk test ilmu hitam.. bla bla bla!

_______________________________________

hahaha! benda paling bangang aku dgr hari ni. 'angkat phone, mati'. aku terbayang if anak2 kecil bertanya kepada emaknya, "mak, ayah mati sebab sakit apa?" dan emak pon jawab, "ayah mati sbb angkat phone". hahaha! kalo aku jadi anak, confirm aku tak mengaku ada bapak mati mcm tu. hah.. apa la nak jadi dgn dunia ni? semakin mundur. biarlah..

*diam*

eh, kelopak mata aku ni asyik gerak2 je. belah kanan. cuak plak aku. apsal ntah? cancer kot. dah 4 hari mcm tu. mcm menggigil. nak kata sejuk, aku kat malaysia. biar lah. janji aku happy gila hari ni...


Maha Suci Allah.. terima kasih.

Rabu, 14 Mei 2008

...

kepada kamu yg luar dari lingkungan aku. telitikan apa mahu kamu. indahkan apa mahu kamu. bahagiakan ssiapa mahu kamu. cantikkan dimana mahu kamu.


aku terbaca sesuatu semalam. aku faham maksud dia. dia sedang bersedih. dan aku sedih untuk kamu juga.

*patut ke aku sedih?*
hmm.. aku sedih jika aku di tempat kamu. kerana aku bukan melayu tiada perasaan.

kuat lah kawan. aku pernah alami itu. aku faham rasa itu. tp apakan daya, kita sendiri yang memilih untuk begitu. kerana kamu mungkin tidak nampak lagi bagaimana tahap cinta dia. cinta dia amat tinggi wahai kawan. cintanya membawa ke syurga.

peluang.

kamu telah sia2kan peluang itu untuk bersama dia kerana kamu tidak bergenggam kuat pada cinta, aku rasa. kaji lah cinta itu. apa ada dgn cinta? kajilah wahai kawan. kamu akan takut untuk bercinta jika kamu mengkajinya kerna cinta itu disaluti kepercayaan, doa, rayuan, tangisan, kecantikan, kejujuran, sentuhan, dan byk sangat yang tidak dapat ku ungkapkan. dan kamu akan hargainya bila mendapatnya.

akhir kata.

aku disini hanya tupai. hanya pandai melompat dan satu hari aku akan jatuh semula. dan ingat aku pada hari kejatuhan itu. aku tidak berniat untuk mengajar sesiapa. hanya memberi pendapat bodoh kepada perasaan yang pernah aku alami dulu... sehingga aku menutup pintu utama cinta aku suatu ketika dahulu..

Selasa, 13 Mei 2008

...

hari ini aku rindu kawan2 lagi. aku ingin bercerita byk benda kepada kamu semua. hal kejadian dan kecantikan.

takdir.
nasib.
peluang.
kebesaran Dia.

pesanan kepada kamu terdekat.

azim: teruskan bahasa kamu.
kimi: teruslah menjadi org rajin. terima kasih atas segala dulu.
syafiq: aku rindu bermuzik dirumah kamu. aku rindu bunyi ceilo kamu.
abu: terima kasih dgn gambaran gelombang bunyi itu.
jai: nn amik gambar aku cantik2. aku nak.
botak: jgn tough sgt.
dauz: ayahanda cari kau. kat caltex. jaga baik!
bak: jgn emo sgt. kimi cari kau!
duke: serious aku rindu kau. terima kasih atas segala dulu.
ross: kau manusia paling baik. terima kasih atas segala dulu
tazen: kau jgn kurang hajar sgt kalo nk berdakwah!

11 orang diatas: ingat, dadah musuh negara!

______________________________________________


aku disini sihat... cuma rasa nak bercerita dan berketawa dgn kamu semua. aku rindu tak terkata. aku rindu keindahan kamu semua. yang sekecil kuman pon tidak berpura2. mengutuk sesama sendiri. tikam depan. jujur. telus. faham.


semua itu untuk memperbetulkan diri sendiri, kan? haha. agar dipandang mulia oleh tuhan dan untuk berhadapan dgn manusia miskin akal di luar ini. hanya kamu semua sahabat yg mencerminkan aku. aku berterima kasih. kerana manusia kini semakin takut dgn kejujuran. takut berdepan (termasuklah aku).


aku doakan kamu berjaya dunia akhirat. doakan aku jika kamu ada masa k.

assalamualaikum kawan2..

.

apa aku?
mungkin binatang perliharaan.

siapa aku?
mungkin hanya untuk Tuhanku.

dimana aku?
mungkin masih disini.

bagaimana aku?
mungkin tidak terurus dgn fikiran kotor.

bila aku?
mungkin di syurga.

kenapa aku?
mungkin bercinta.

terima kasih dgn semua doaku yg diterima, Tuhan.
aku hanya bernasib baik, Tuhan.
semua kerna Kamu, Tuhan
tunjukkan cinta itu, Tuhan.

Ahad, 11 Mei 2008

muzik dan aku

new update.


Sumpahkan aku ke sana
Hidup bersama
Mati berdua

Andai ku takdir di sini
Peluklah aku
Rangkullah aku

Jangan kau puja
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku
Jangan kau puja
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku

Sempatkah aku ke sana
Ku takut semua hilang bernama
Ambilku dan bawa lari
Kerna ku takut tiada lagi

hmm...

dan hanya kerna cinta yang ini
aku berserah tinggi kepada-Mu

yang Maha Esa
ku melutut, cinta dia
yang Maha Esa
agungkan cinta ini

___________________________________________

*hanya sampai sini aku dapat siapkan. 10 mei*

... akan bersambung yang entah bila.

muzik dan aku

lagu itu... semakin hampir kepada dekatnya. aku telah mencapainya mlm td dalam ketepatan keadaan 'sober', marah, tertanya2, rindu, merayu dan berserah semua kepada-Nya. aku tidak lagi bersoal tentang melodinya. aku dah tak peduli kemerduannya. aku tak peduli. hanya doa yg aku jeritkan semata2.. walaupun hanya bberapa kerat dan aku tidak puas dgn hasilnya tp aku teruskan. teruskan. teruskan.

aku teruskan dalam keadaan menunggu hujan reda.. dan buat kali pertama aku sgt tidak puas dgn hasil kerjaku.

dan aku ingin meminta maaf kepada kamu kerana aku tipu. aku mengatakannya sgt2 amat sedap kerana aku ingin kamu lekas2 pulang. maaf. maaf. maaf.

aku akan buat balik, nurseniku..

*lihat jam*

Sabtu, 10 Mei 2008

bodoh

hari ni aku tgk 'i am sam'. 2 kali. dan connect internet byk kali sbb aku marah!

...

dimana patut ku mula?
untuk meceritakan cinta indah ini.
untuk kamu semua cemburu.
untuk kamu semua percaya.

dimana patut aku buktikan pada kamu?
yang cinta ini satu.
yang kata2 kamu rahmat bagiku.
yang kamu diutuskan Tuhan untuk aku.

dengan ini aku semakin takut dan malu untuk berdoa sayang..
kerana ini cukup, sayang..
kerana ini penuh, sayang..
kerana ini bukan untuk aku sebenarnya, sayang..



h a z r i l f i t r i

Jumaat, 9 Mei 2008

menulis dengan 'Hetty Koes Endang - Di Wajahmu Kulihat Bulan' dan 'P.Ramlee - Jangan Tinggal Daku'

pagi.

ibuku dijangkiti virus yg bole merosakkan hati. aku sedih. aku tak menangis. sbb aku dah sedia. hari ini aku sgt penting baginya. kami bercerita masa depan. dia bersetuju. tp bukan dgn muzik. dgn siapa dia.

*aku pegang tangan ibu.

aku berkata: jika kamu atau aku pergi, pakailah dgn wangi dihari itu nnt.

_______________________________________

tgh hari.

tidur. aku sgt letih. hanya tuhan sahaja yg tahu. kerana aku berjanji tidak ingin semua 'itu' lagi. terima kasih fynn.

aku terjaga dgn teka teki itu. dalam sedar, aku dah lambat. aku kelam kabut sbb si dia ingin datang bertemu aku. aku tak bersedia.. banyak yang aku fikir. kerana aku tidak suka akan suprise. dan aku tidak sukakan suasana tidak terancang. aku takut tidak cantik. eh, tapi aku bukan jenis yang suka merancang sesuatu. tapi aku tidak tahu kenapa yang ini aku risau. mungkin kerana cinta. kerana aku bekerja keras untuk bercinta di bulan...

p/s: aku ada kertas untuk order cinta. aku order yang sejati.
______________________________________

malam.

aku dikejutkan lagi dgn adikku. adam dia kembali dgn senyuman dan buat aku memadam marah. aku terus merayu maaf kepadanya.

dia pergi kerana aku. kerna sikap perhati aku. maafkanku adik. aku rindu kamu. singgah lah selalu. jenguk aku.

_____________________________________


tuhan, hari ini aku sedih. sebak. terdiam.

Khamis, 8 Mei 2008

...

semalam....

semalam...

semalam..

semalam.

semalam, jumpa fynnjamal. insan paling cantik. paling besar. paling berkata2.

semalam, dunia berhenti.

semalam, aku sedar.

semalam, aku tinggi diawan bersama dia. luna hey!

semalam, aku benci manusia sekeliling.

semalam, aku terduduk.

semalam, aku menjadi rakyat cinta semula.

semalam, aku masa depan.

semalam, aku dicemburu.

semalam, aku hanya satu.

semalam, aku tahan menggengam tangan.

semalam, aku kabur penglihatan.

semalam, aku cantik.

semalam patut berlagu kenangan. patut! wajib!

Isnin, 5 Mei 2008

mimpi

buat kali pertama aku ukirkan mimpi aku dgn tulisan. sbb yang ini penting. sbb aku tak pernah ingat segala mimpi aku. mimpi yg ini buat aku takut. tapi lepas bangun, aku lega. hehe...

apa itu mimpi? org cakp permainan tido. otak kau permainan tido! aku tak main pon! (jgn nak fikir lain). yang aku tahu, aku tak rasa pelik pon walau cerita mimpi tu tak logik. aku tak sedar langsung.

*terdiam. berfikir*

eh, permainan tido la tu namanya, bodoh. kan aku dah kena bodoh balik! cakap tak guna otak langsung! bangang!

pegi mampos, otak aku dah ke lain ni. kau peduli apa?

affina cahaya juwita

alhamdulillah... (adakah aku bersyukur)

kurniaan Mu amat kujunjung tinggi. tak ternilai.

_______________________________________________

aku semakin takut kepadaMu kerana terlampau banyak doa yang Kau makbulkan. dan Kau tarik selepas itu kerana sifat ketidak syukuranku. tetapi ya Allah, jgn lah kamu tarik yang satu ini. jgn lagi. aku sangat mahu ke sana. aku tahu aku berdosa. tapi mungkin ini sahaja yang paling aku nntkan sejak bergelar 'manusia untuk masa hadapan'.
_______________________________________________

hey kamu terlalu tinggi bagi aku. terasa kecil aku didunia ini. mengajar ilmu kepada manusia. sedangkan aku ada apa? musuh negara? arghhhhhhhhhhh... mcm mana aku nak berdepan kamu? arghhhhhhhh... aku tahu ia buta. tapi dunia ini tak cukup dgn hanya ia. fuck! ia tu apa? berani sungguh aku skrg! aku tak kira. cahaya keterangan itu adalah kejujuran. aku percaya kata2 itu walau bulan jatuh ke riba. dan..

kamu cantik. hahahahaa!

*tetiba hilang seni. gilak ah! ops, kamu telefon.


*kejap*


kan aku dah lupa apa aku nak tulis... arghhhhh... dah lah. mungkin ini cukup.

Sabtu, 3 Mei 2008

muzik dan aku

hahahah!

aku dah dapat bunyi chorusnya di sebabkan seseorang yang paling jahat didunia ini.

*yay itu gembira lagi. walau hari ini tiada pesanan buat aku.

kamu tahu kamu siapa.. budak jahat!

aku biasa je... takde apa2 pon yang jadi..

hari ini paling gembira bagi aku. terima kasih tuhan. kamu sampaikan salamku jua. aku masih kaku tidak berlagu hingga kini. tercegat seperti orang bodoh. kerna terlalu cepat ia berlaku. aku takut ini hanya sementara.

*aku turunkan harapan aku agar tidak kecewa nnt*

tak pernah aku teruja sampai mcm ni. sbb aku tak pernah di hormati sebegini rupa. aku akur jika hanya hati ini satu saja yang berasa sorang. kerna bersepah lagi hati yang lebih tulus disana. lebih tinggi nilainya dari aku. aku faham.


akan ku hargai waktu itu. walau mungkin hanya sekali. aku tetap hargai.

terima kasih tuhan.


woi manusia!
aku disini gembira!


arghhh, tetiba aku nak orang lain rasa jeles kat aku sbb aku gembira.

Jumaat, 2 Mei 2008

. . .

hari ini paling rimas. aku dah 2 hari tak tidur sbb aku dipaksa oleh 'satu lagi aku' terpaku depan laptop untuk mencari bunyi yang sesuai di 'fruityloop'. akhirnya, tiada ketemu. tiada yang sesuai dgn tragedi lagu itu.

*terasa sgt bangang menggunung*

sudah 2 hari mataku kian terkeluar. pipiku cengkung. otakku berlawan dgn persoalan syaitan. arghh, aku nak keluar!!!! sbb aku dah sgt kotor. sgt busuk sehingga tiada lalat lagi. aku rindu realiti. tuhan tolong aku! sumpahkan aku kesana!

*terasa perlu bimbingan dari seseorang. kerna tuhan sudah byk tolong aku. aku malu*


hmmm...



tiba2 aku sedar yang sudah lama aku tidak berkawankan sesiapa. hanya laptop, guitar, ashtray, rokok, dan bilik bewarna coklatku. aku rimas. aku kena kluar. aku terasa mcm nak pegi klcc. haha. lama gila tak pegi. zaman berbuka puasa didepan taman. hah! aku nak kawan2. aku rindu kawan2. aku rindu bahasa kamu, kawan2. berbahasa tuhan. bahasa terperinci. bahasa fahaman kumpulan aku.

*rindu*

mungkin ini semua alasan kenapa aku menulis 'langkah'. kerna tiada lagi gelak tawa yang dulu. selamat lah kamu kawan2.


tunggukan bunyi baru dari aku nnt. aku rindu kamu semua. mmm.. aku nak mandi. nak tidur. moga mimpi berjumpa kamu kawan2.


----------------- hish, kotor lah! najis! sampah masyarakat! -----------------