Isnin, 30 Jun 2008

aku

tidak sabar menjadi imam kepada kamu..
tidak sabar membuka mata untuk kamu di pagi hari..
tidak sabar mengolah melodi untuk kata2 kamu..
tidak sabar melihat senja ditempat tinggi..

fikir kan..

aku disini penat!

penat mendengar masyarakat tepi kain berkata2. menyoal segala.

1. kamu ni dah sedia ke nak berumahtangga?

mmm.. kau bagitau aku mcm mana nak buat muka bersedia. aku buat. aku semak kau tautak? dan kalau kau dah banyak sgt makan garam, bagitau aku bila yang patut manusia berusia seperti aku patut kahwin. awal sangat ke? kenapa awal? apa yg kau semua buat pada usia seperti aku? kamu semua tak penat ke berkawan? apa yang ada dgn kemasyuran?
arghhh! penat la nak jawab soalan bodoh! kau ingat semua orang ni sama ke? takkan aku nak kena bgtau kau langkah sebenar kehidupan ini? takkan kau tak bleh fikir?

ni aku bagi. cara2 melangkah untuk hidup selagi tak mati...
1. lahir
2. belajar
3. kerja
4. belajar
5. kahwin
6. belajar
7. anak
8. belajar
9. menantu
10.belajar
11.cucu
12.belajar
13.tertib

aku tak kisah kau nak fikir apa. tu semua hak kamu. ini cuma yg aku fikir.. aku tak peduli dunia. aku hanya hidup dgn keluarga, kawan dan sekeliling indah aku.

2.matang sangat ke kamu nak membahagiakan fynnjamal?

hey manusia! kau bagitau aku, apa itu matang? bila manusia patut matang? dimana manusia patut matang? dengan siapa manusia patut matang? dan bagaimana manusia patut matang?

bagi aku, tiada manusia selain nabi yang matang. semua manusia buat silap!
ntah lah.. nur affina yanti, kamu bahagia? apakah yang kurangnya aku?
sabtu.

aku kuatkan diri ke tangkak. rumah ibunda hj.jamalludin. rumah nenda fynnjamal. rumah tinngi yg harus kudaki.

aku, budak kecik, dan along, tiba di tangkak kira2 jam 4 petang. ku lihat ramai nak mampos! kenduri yg kami sangka pada malam hari tidak tepat sama sekali. rupa2nya lepas asar.

turun kereta, aku di kuatkan dengan senyuman hj.jamalludin. aku gembira tidak siapa yg tahu. rasa dihargai. tetapi, hj.jamalludin seperti biasa. berat mulut. hanya senyumannya sahaja yg boleh menyejukkan.

kemudian, aku diheret ke rumah kenduri itu. seram. bersalaman dgn semua yg aku fikirkan emak saudara fynnjamal.


*mana satu emak saudara pon aku taktau*


fynnjamal menyapa seseorang dgn panggilan atok. dan aku tahu itu ibunda hj.jamalludin . aku dikenalkan dgn atoknya. kami bersalaman.


*atok tak pandang pon aku*


aku risau. atok mcm tak suka aku je. tp takpe lah. ku harungkan juga. aku tak peduli. kerana aku cinta si budak kecik itu.

hmm... habis je kenduri, atuk berbual dgn budak kecik. aku konon2 nk join. tp atuk tak suka. haha! dia hentam aku kaw2! tapi aku faham yg atuk keliru dan risau..


malam tiba.
lepas maghrib, mereka duduk sekeluarga. aku lari pi hisap rokok. pabila selesai hisap. aku masuk. mereka sdg bincangkan hal perkahwinan kami. aku dgr je.. sbb aku cuak dgn atuk. muka ketat nak mampos!


kemudian, kami ditinggalkan berempat. aku, budak kecik, hj.jamalludin dan atuk. berborak. atuk masih ketat. budak kecik suruh aku cakap dengan atuk. tp aku cuak. takut dihambat.

akhirnya, aku kuatkan diri. aku minta izin hj.jamalludin untuk bertentang mata dgn atuk. hj. jamalludin terus tinggalkan kami.

aku duduk menghadap atuk. ku pegang kakinya. ku hembus kata2 cinta aku terhadap cucunya. aku merayu restu pada atuk. sedikit2 atuk mencorakkan senyum pada bibirnya yg sangat comel.

aku puas.

matanya yg petang td tidak ingin mengenal aku, kini berlinang tp masih kuat. atuk memang hebat. aku yg dulu mengira berapa kali atuk senyum kat aku, kini dah tak terkira. aku happy. dan aku tahu budak kecik pon happy.


"atuk restuilah kami"


pagi esoknya.
aku tersangat2lah gembira. atuk mula berlawak. aku dipandang semua. hj.jamalludin mengalir air mata gembira. semua seperti keluarga aku.

atuk yg semalam tidak ingin tahu siapa aku, bertanya dari mana aku, siapa aku, bagaimana aku.

dan dgn kaki ayam atuk memberi buah tangan untuk keluarga aku di nilai. pisang. hehe.. juga nenasnya yg digembar gemburkan hebat di tangkak. juga hj.jamalludin yg sanggup menebang pokok untuk bakal menantunya. sampai bergetah seluarnya. terima kasih semua...


tuhan, terima kasih. aku suka keluarga ini..



kini, aku sudah dapat merasa mempunyai abang, dan adik perempuan. baru ku tahu betapa besarnya hikmah berkahwin. sangat besar. alhamdulillah.. syukur.

Jumaat, 27 Jun 2008

mungkin ada cerita cinta selepas diijab kabulkan..

oi..


aku dah lama tak tulis2. takde mood nk tulis.. bz gila. dekat seminggu kot tak tulis..

oooo... aku baru je tambah satu lagi babak dalam hidup aku. babak yg paling indah. aku akan disatukan. dirapatkan. dikembangkan. insyallah..

22hb hari tu aku pergi ke kota tinggi.. aku berjumpa hj. jamalludin dan keluarga. aku dengan secara budiman (budiman la sangat!), menerangkan isi hati aku. ku terangkan semua. semua yg 'manusia tepi kain' akan fikir tentang aku dan anak dia. kerana aku tahu dia sangat risaukan anaknya. setelah diterangkan, en. jamalludin berlinang.. dan aku terus mengalih cerita.

en. jamalludin merestui kami.. aku gembira dan masih terkial2 sampai sekarang. masih tidak percaya. tidak percaya kerana aku yg dulunya insan yg tidak pandai berkata2 dan kini boleh menyakinkan en. jamalludin yg aku anggap amat tegas.

terasa diri ini amat berharga..

selesai itu, kami bincangkan hal persatuan kami.

diikat
rm11112
1/1/09

alhamdulillah... syukur..



fynn,
jangan lupa rindu aku.
jangan lupa sayang aku.
jangan lupa janji kamu.
jangan lupa cinta kamu.

ye.. akan kupetikkan padamu tiap hari.

Isnin, 9 Jun 2008

surat untuk 'inche'

asalammualaikum,

inche sihat? bagaimana kerja? minyak dah mahal. harga naik tak? hehe..

*gilak ah aku cuak*

cantik rumah ni.. inche suka perbetulkan kedudukan posisi alat? sbb itu bole menukar pandangan kita untuk menukar perasaan kita. sama seperti lagu..

oh ya, cerita pasal pandangan, apa pandangan inche terhadap kami? mesti pelik kan? tp sy percaya takdir dan jodoh. dan pelik ini bukan semata2 mengikut sunnah. sumpah saya tidak terfikir.

tidak pernah dari awal.

sy slalu duduk bertanya diri, mengapa orang pandang serong? inche.. bagi saya, 'dia telah diturunkan untuk mengajar saya. dan saya diturunkan untuk menjaga dia.' itu sahaja yg saya tahu. kerana itu suci bagi saya.

kerana ini kami:

dia, pandai membaca dan mengajar..
saya, benci membaca dan ketagih belajar..

dia, kukuh..
saya, mudah pecah..

dia, ceria..
saya, sunyi..

dia, indah..
saya, indah..

dia, bercahaya..
saya, malap..

dia, perkataan..
saya, alunan..


dan kami akan menjadi lagu yang indah, terang, pelbagai, dihormati. mmm.. bukan semua pasangan harus sama taraf nya. kerana itu akan buat kami berbalah.


nanti inche tengok lah 'i am sam' dan beritahu saya, adakah Sam patut bersama Rita hingga akhir hayat? adakah mereka saling memerlukan?


apakah inche terima?

kimi, bak, azim, jai

tyrant.


maaf.

kerana aku tidak dapat memenuhi.
kerana aku pentingkan aku, walaupun tidak sedikit pun aku ingin.
kerana memaksa kamu buat aku gembira.

terima kasih.

kerana beli aku
kerana harga itu
kerana doa itu
kerana lantang itu
kerana peluang itu
kerana sanggup itu

kerana dengar aku.
kerana dengar aku.
kerana dengar aku.

yg rindu,
t r i

Rabu, 4 Jun 2008

maut itu seni

hoi pukimak!

ni aku nak bgtau kau! aku bukan pemuzik, bukan pelukis, bukan penulis, bukan penyanyi, bukan penari dan bukan pelakon. yang aku tahu, aku orang seni.

apsal? aku tahi?
ye, aku mengaku aku orang seni. dan aku takde karya untuk manusia 'tepi kain'. apsal? kau tak puas hati?? nah, amik ni. aku jeritkan:

aku orang seni!

aku orang seni!

aku orang seni!


apsal?
kau ingat orang yang sembahkan karyanya depan kau tu saja boleh dipanggil org seni?


*hahaha! fuck kau! kesian..*


kepada semua masyarakat melayu MALAYSIA:

1. bernafas itu seni.
2. berdoa itu seni.
3. bergerak itu seni.
4. berfikir itu seni.
5. menangis itu seni.

5 perkara diatas adalah punca timbulnya seni. kalo kau free, fikirlah.. dan kalo sibuk sgt, teruskanlah baca buku 'cara2 bermain piano dgn sopan'.


sesiapa tak puas hati dgn entri ni, sila maki aku di ruangan ulasan.. sbb memang aku yang suruh kau baca page aku pon kan?


kan?


yg dahagakan comment seperti: "aku suka tulisan kamu",
t r i

Ahad, 1 Jun 2008

starbucks

1437hrs

aku kat starbucks seremban 2. hahaha. sorang2 tunggu seseorang yg sdg rindu aku. dia dlm bas. aku kat sini tgh dgr 'jamiroquai - runaway' sambil lihat org ramai lalu lalang. haha.

buat pertama kali aku online di tgh2 org ramai! mcm pukimak je rasa! kelakar! sbb aku slalu tgk org online kat starbucks. pastu aku gelakkan. last2 aku sendiri online kat sini.

*gelakkan diri sendiri*

aku tak biasa nak lepak2 kat starbucks ni. kalo mamak ke bar ke, aku pandai la. tah apa tah aku order td. tak sedap langsung! rasa nak muntah je minum. dan kepada peminat2 starbucks, aku mintak maaf. maafkan tekak aku ni. nasib baik ada lagu. senang skit hati aku ni..

hai.. lambatnye kamu nak sampai.. aku rindu kata2 kamu. senyum kamu. manja kamu.



cepat!!!! kita kena pegi shopping untuk esok!!!! cepat tau!


tuhan, segarkan pemandu bas itu. aku rindu dia!