Khamis, 31 Julai 2008

radiohead - videotape

tak sabar nak tgk video tape aku kat akhirat nanti..




kerana aku dah penat nak bercerita.

Selasa, 22 Julai 2008

gembira di malam takut

aku manusia yg kurang menunjuk raut gembira. aku tak tau kenapa. padahal di dalam hati ini, tuhan sahaja yg tahu betapa lajunya degup gembira aku.


tapi aku takut nak gembira sgt. sbb aku byk hutang dgn Dia..


tuhan, jgn Kau tarik gembira aku ini.. beri aku masa sedikit lagi.. aku merayu.. akan ku tunaikan..

t r i

Khamis, 17 Julai 2008

...

kenapa aku menulis?




sebab aku bukan penulis. so, aku tulis. kau?

Selasa, 15 Julai 2008

lagu itu..

lagu tu berbual tentang kamu. tentang kata hati kamu. yg pabila kata-katamu itu tidak boleh diubah. tetap itu. tiada guna aku berkeras rayu. tetap itu. biar aku tunduk. akan aku tunduk. mesti aku tunduk. kerana hormat. kerana cinta. kerana takut. kerana aku tiada apa lagi di filem sementara ini. ini yang aku pilih. ini yang aku mesti belajar. ini yang aku minta. dari dulu. dari aku kebas dari rasa cinta. sekarang, aku perlu amalkan agama baru yang aku anut. perlahan-lahan. satu-persatu. jika aku lembab, harap pimpin aku. jika aku lambat, harap tunggu aku. dan jika aku jatuh, harap angkat aku.

ingat, aku ini tetap yang dulu. yang melutut cinta kamu. yang berdoa untuk melihat kamu walau sekarang, kamu didepan mata.

t r i

anjing berkeliaran mencari puas menjilat tulang sendiri

m.a.a.f

perkataan yg selalu keluar dr mulut aku adalah 'maaf'. aku tak tahu kenapa. mungkinkah aku ini seseorang yg lari dari situasi tegang atau suka meredakan situasi itu?

tah lah..

aku benci keadaan betelagah untuk sesuatu yg tidak penting di atas muka bumi ini. sebab bagi aku, dunia ini bukan mulik aku. so, buat apa aku harus mempertahankan? untuk apa?

kadang2, aku rasa hina sebab selalu mengalah. tapi kalau aku menjerit untuk menang pon, apa yg aku dapat? puas? tidak ada dalam kamus hazrifitri yg mengatakan kepuasan itu datang dari mengalahkan manusia lain.

hmm..

kadang2, manusia akan berkata..
"bodohnya kau, menipu diri sendiri!"

dan selalu2, aku berkata..
"lebih baik aku bodoh menipu diri dari menjadi sebodoh2 manusia yang ambil tahu hal manusia lain"


oh ya, aku pernah dgr seekor anjing menyalak dan salakkan itu bermaksud 'seorang hazrilfitri itu seorang yg depresi'.

hahaha!

sila ambil tahu lagi tau, aku suka! sangat comel bila dengar kau menyalak!


t r i (tyrant)

Selasa, 8 Julai 2008

...

apa itu cantik?





siapa yg berhak kata benda itu cantik?

t r i