Ahad, 31 Ogos 2008

hari ini..

aku skang kat hotel..
cuak macam babi..
lagi 2jam setengah..

aku pinjam gitar ira..
lagu terakhir aku yg aku main masa bujang adalah,


damien rice - the blowers daughter.


selamat tinggal dunia,
t r i.

Sabtu, 30 Ogos 2008

abacadabra!!

akhirnya..

pkl 12 td aku tutup kedai. bagi gaji kat 7 org pembantu aku. dan aku bg dierang cuti 5 hari. wuwuwuwu! aku pon dah tak fikir lagi pasal keje. yahuu!! aku nak kahwin!

otak aku skang semakin ok.. sebab,
1. lusa nak kahwin dgn manusia tercantik didunia.
2. aku cuti mencari duit selama 5 hari.
3. esok nak pergi jumpa si cantik di kota tinggi.
4. ini hali wa ala untung manyak oooo!!! wuhu!
5. habibfikri cuti untuk lihat aku nikah.
6. aku dah tak terfikir pasal manusia remeh tu.

terima kasih tuhan..

cuma, pada teman2 rapat hazrilfitri... maaf kerna tidak menjemput kamu semua. sori wei.. aku malu. dan korang tahu aku manusia 'fak' adat. hahaha.. nnt aku buat majlis untuk korang. di tempat tinggi. hehe.. doakan aku.. aku nak kahwin dah ni.


t r i @>--

Jumaat, 29 Ogos 2008

...

hmmm...

kalo nak difikir2 balik, kalo aku layankan, dah macam budak2 sekolah. tapi kelakar btul aku tgk dierang bertungkus lumus mencari teman agar mempercayainya. haha..

biar lah.. aku apa peduli. siapa je pon.. kosong.

mula2 aku mcm bengang gak. tapi bila ada yg dtg memberitahu siapa mereka2 itu. aku gelak besar. tiada apa rupanya. cuma mereka takut, dan lantas mengembar gembur cerita pada sesiapa yang dianggap bole menyokong mereka. dalam kurungan 'kawan yg sokong sebab kawan dan tanak kecikkan hati'.


haha..



kawan. beribu kawan aku dah jumpa. dan aku cuma ada 11 org kawan. rapat mana pon kawan, kalo kita susah, mereka cuma bole bg kata semangat bodoh. dan kalo kita senang, mereka akan keluarkan mcm2 idea. tu je..

selamat percaya mempercayai,
t r i.

Jumaat, 22 Ogos 2008

perkataan yg aku jijik dengar dari manusia..

1. aku
2. begini
3. saiko
4. geng
5. boleh
6. janji
7. tetap
8. akan
9. penyanyi
10.tidak

thom yorke

hai orang tinggi..

selamat hari baru untuk anda2 luar sana.
senyum lah..
kurangkan manusia keliling kamu.
ambil yg perlu sahaja..
cakap yg penting sahaja..
dengar yg merdu sahaja..
pandang yg aku sahaja..


t r i

Jumaat, 15 Ogos 2008

manusia tercantik didunia

nama dia nur affina yanti.
dia comel seperti bantal paling kecik dlm dunia.
dia bersuara kecik bila bangun tidur.
dia suka kutuk saya hitam.
dia suka bilik baru kami. (dia SORANG yang design. hehe)
dia sangat comel bila terlelap bila didendangkan lagu sebelum tidur.


arghhh.. sial! aku rindu dia!
aku taktau kenapa aku tulis kat sini dgn tulisan budak2 aku ni!

kepada nur affina yanti,
balik sini cepat! mama asyik tanya mana budak nakal dia! dia rindu kamu. saya tak rindu LANGSUNG. mama je.

Khamis, 14 Ogos 2008

...

dari dulu,
aku nampak siapa yg lalu..
aku senyum pada semua cubaan selindung itu..
aku ramah dengan remeh temeh tipu itu..

dan selalu,
aku berpeluh buat tak tahu..
aku pejam, pekak, bisu..

kerana dari dulu,
aku biasa berdebat dengan batu.


t r i

Sabtu, 2 Ogos 2008

tiada lagi muzika..

hari ni TYRANT ada jamm session kat ampang.
dan aku kat sini tgh melanguk. dah 3 bulan aku tak bermuzik.

hmm..

yg rindu tyrant,
t r i

jeles



aku ada kawan.
nama dia syapit.
dia kawan baik aku.
hari ni dia beli ceilo baru.
dia kata bunyi best gila sampai hidung dia geli.

arghhh!

jeles lah! tapi aku tahu tuhan maha adil. so, takpe.

yang lega sikit,
t r i

nur seni fitri




ya Allah,
terima kasih.

terima kasih kerna Kau lukiskan pari-pari ini untuk aku.
terima kasih kerna Kau kejutkan aku untuk rindu dia setiap hari.
terima kasih kerna Kau hidangkan cinta ini untuk kami berdua.

...

hingga kini aku masih tidak percaya dgn wujudnya cinta agung seperti ini.

terima kasih,
t r i