Isnin, 26 Oktober 2009

tuju ke aku

Kemana hilangnya warna hitam rambutmu dulu?
Mana kapal perang kamu? Itu lutut kamulah, bodoh!
Bodoh tapi kau berani sungguh!
Bersungguh kulihat kamu membelit, merapu.
Tinggi mana kau harapkan? Kau tetap jelmaan tanah.


Yang hanya boleh terapung dipermukaan air.
Berkali juga ku bilang bukan diudara, bukan di udara, tapi di permukaan air.


Persembahan kau didunia ini seperti ingin menakluki bumi,
Harapanku kau dikebumi!
Beserta pingat kemegahanmu.
Kerna, setiap cahaya yang disuluhkan dikegelapanmu, kau masih ingin mengagungkan peribadimu,
dan menari rentak lagu kemenanganmu..


Apa kau sedar mimik bangsat muka depanmu dah dipenuhi lalat..
memang layak sangat kehidupanmu ini dipanggil bangsat


.


Apa yang kau rasa,
mungkin berganda..
Tiang istanamu,
takkan kemana..
Dengarlah tangisan wanita dari ayahmu....


Pulangkan semula,
nikmat hidupmu..
Alat permainanmu,
waktu kecilmu..
Kesatkan peluh jantan dahi ibumu....



tri - kemana

5 ulasan:

fynn jamal berkata...

indah.
terlalu indah, wahai kekasih.

ahmad fauzi berkata...

"Apa yang kau rasa,
mungkin berganda..
Tiang istanamu,
takkan kemana..
Dengarlah tangisan wanita dari ayahmu....


Pulangkan semula,
nikmat hidupmu..
Alat permainanmu,
waktu kecilmu..
Kesatkan peluh jantan dahi ibumu...."

buat aku fikir panjang

tri berkata...

fauzi, lagu ini aku tulis kepada diri sendiri mengenang aku ini anak derhaka.

ahmad fauzi berkata...

'derhaka'
maknanya tak dengar cakap ibu dan bapa kan?
kalau betul.
aku juga anak derhaka.

ps:tulisan abang dan kakak banyak buat aku berfikir('abang' dan 'kakak'..boleh kan?)

tri berkata...

panggilah apa sahaja. janji kau selesa. aku takde hal sebab aku adik yang dapat 10a1 untuk spm. aku anggap dia abang aku. sebab dia ada hak.