Jumaat, 30 Oktober 2009

katil permaisuri yanti

malam tadi,

gabungan sifat cinta dan kehilangan (berpuluh hari kebelakangan ini) telah bersatu mengolah rasa dan bunyi yang kini kuberi nama 'katil permaisuri'. lagu ini lahir dari perasaan takut kepada kehilangan insan yang paling akan aku rindu walau didepan mata.

lemah, hilang upaya, sugul, kaku.



diam,
tri

Isnin, 26 Oktober 2009

tuju ke aku

Kemana hilangnya warna hitam rambutmu dulu?
Mana kapal perang kamu? Itu lutut kamulah, bodoh!
Bodoh tapi kau berani sungguh!
Bersungguh kulihat kamu membelit, merapu.
Tinggi mana kau harapkan? Kau tetap jelmaan tanah.


Yang hanya boleh terapung dipermukaan air.
Berkali juga ku bilang bukan diudara, bukan di udara, tapi di permukaan air.


Persembahan kau didunia ini seperti ingin menakluki bumi,
Harapanku kau dikebumi!
Beserta pingat kemegahanmu.
Kerna, setiap cahaya yang disuluhkan dikegelapanmu, kau masih ingin mengagungkan peribadimu,
dan menari rentak lagu kemenanganmu..


Apa kau sedar mimik bangsat muka depanmu dah dipenuhi lalat..
memang layak sangat kehidupanmu ini dipanggil bangsat


.


Apa yang kau rasa,
mungkin berganda..
Tiang istanamu,
takkan kemana..
Dengarlah tangisan wanita dari ayahmu....


Pulangkan semula,
nikmat hidupmu..
Alat permainanmu,
waktu kecilmu..
Kesatkan peluh jantan dahi ibumu....



tri - kemana

muzik

. . dari gelombang gelombang yang diatur untuk telinga yang bekerja untuk menyentuh.

Rabu, 21 Oktober 2009

senikata alunan paling ketat.

butakan mataku,
tuk ku lihat siang.
temanku bertemu,
malam.
walaupun tiada bintang,
ku tetap ke situ.
hanya itulah dayaku,
tuk melenyapkanmu.


korus untuk senikata lagu 'tri - aku'

.sept|2009.

jenis baru lagi..

amp.channelv.com/trisoundhause. banyak cara boleh menterjemahkan kita.

hanya sifatku yang dapat mengalahkanku.

bukan manusia. faham?

Selasa, 20 Oktober 2009

pagi, hari ini.

selamat pagi semua manusia. apa sudah kamu2 semua pentingkan diri sendiri untuk hari ini? aku sudah. walau bagaimanapun, masih belum puas rasanya kerna aku sedang bercinta. bercinta dengan si isteri yang akan jauh buat seketika. nanti. membunuh. diri sendiri bukan lagi penting bagi aku. untuk kau, si isteri. walau nafas ini ditakdirkan terakhir, sanggup ku hembus untuk mendingin tubuhmu. biar busuk mayat aku menunggu, asal kau tenang untuk kembali.


sini,
tri

Sabtu, 10 Oktober 2009

fuhh..

1.. 2.. 3..

apa akan jadi november akan datang? memang terang akan.
apa aku perlu jerit lagi di tempat ini? memang aku sedang.



sembur maki,
tri